Sunday, December 20, 2009

Hati ini makin menjauh...

Bismilahirrahmanirrahim..

Syukur pada Allah kerana masih diberi kesedaran untuk muhasabah diri.


Ditimpa sakit

Sakit memang kafarah dosa.Dan kini saya sedang sakit.Fizikal nampak sihat,namun raja bagi seluruh tubuh ini iaitu hati saya yang sebenarnya sedang sakit.Sakit hati bukan kerana geram pada seseorang,cuma jiwa terasa kosong kerana telah lama bergelumang dengan buku dan pelajaran tanpa memperuntukkan sedikit waktu untukNya.Lantas jiwa yang kosong juga menyebabkan sekeping hati ini mudah sedih dan sensitif.


Hampir sebulan,kami di sini hidup dalam suasana persediaan untuk peperiksaan.Makan tak lalu,tidur pun tidak menentu,kadang-kadang mata langsung tidak boleh lelap.Puas memujuk sepasang mata ini untuk lena bagi memastikan tubuh mendapat rehat yang secukupnya.Namun,pada musim peperiksaan ini saya telah mendapat 'insomnia' yang sangat teruk.Kawan-kawan yang lain sudah tidur untuk kali kedua,saya masih celik.Masih setia dengan buku teks.Mata sahaja pada buku,fikiran melayang-layang.Gundah rasanya apabila masa 24 jam yang diberikanNya,hanya beberapa jam sahaja yang saya peruntukkan untukNya.Yang lain dihabiskan dengan 'mengadap' buku semata-mata.Memang benar belajar juga adalah salah satu jalan jihad kepada Allah,tapi hati ini masih resah.


Sambutan Maal Hijrah untuk mahasiswa Malaysia di Iskandariah,kelas tafaquh dan kelas sirah yang diadakan walaupun tidak diwajibkan, saya gagal untuk menghadirinya.Niat di hati memang hendak pergi.Semuanya gara-gara peperiksaan.Saya berpendirian,matlamat yang utama sekarang adalah belajar.Maka kita perlu tumpukan kepada yang utama sebelum yang lain mengikut kemampuan diri kita.Tapi ini semua alasan.Orang yang bermotivasi tidak akan menyalahkan orang lain atas apa-apa kesalahannya,malah menganalisis kekurangan diri sendiri.Saya mengaku ini salah saya sendiri kerana gagal mengurus masa dengan baik mungkin kerana masih di semester pertama dan dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di universiti.


Petang tadi,akhirnya peperiksaan untuk pertengahan semester selamat kami duduki.Wajah menguntum senyuman setelah tamatnya peperiksaan,namun hati ini Allah sahaja yang tahu betapa susahnya kami menjawab soalan-soalan itu sebentar tadi.Hanya 60 soalan sahaja yang perlu dijawab tapi subjek yang perlu dibaca terlalu banyak seolah-olah membaca keseluruhan subjek di dalam buku sekolah menengah 'ala-ala' peperiksaan akhir tahun.Teringat pula pada zaman SPM dahulu.Hati dan jiwa yang kosong ini mula berasa sedih,resah-gelisah dan gundah-gulana.Di saat ini,saya tersedar.Perasaan sedih yang menebal adalah berpunca dari hati dan jiwa yang sakit.Yang telah lama tidak diperuntukkan untuk berdua-duaan denganNya,Tuhan yang menciptakan hambaNya yang lemah ini.


Kemudian,tangan ditadah memohon doa agar diberi kekuatan daripadaNya untuk mengubat hati yang lara ini.Soal peperiksaan itu,saya serahkan natijahnya padaNya kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya setelah hambaNya berdoa,berusaha dan bertawakal.Tapi,hati yang sedih masih tak mampu diubati dalam masa yang singkat ini.'Music folder' saya buka.Tetikus diarahkan ke sebuah lagu yang bertajuk "Insha Allah" nyayian Maher Zain.Seterusnya saya klik beberapa kali untuk mendengarnya.Lirik lagu dihayati penuh syahdu.Terasa jauh sungguh hati ini dariNya.Dada terasa sebak kerana terasa banyak khilaf yang telah dilakukan.Muhasabah diri saya dengan cara tersendiri.Mendegar lagu-lagu bersifat ketuhanan menginsafkan diri yang lemah ini.


Lagu Muhasabah Cinta juga turut mencetus rasa keinsafan.Sungguh hati ini sakit kerana tidak diisi dengan makanan 'kerohanian' selama berminggu-minggu.Terlintas di fikiran saya,kami bersusah payah mengulangkaji pelajaran 'Nutrition and Metabolism' sehingga kami sendiri lupa memberi 'nutrients' pada jiwa-jiwa kami yang 'end product of the metabolism' ialah kembali pada Allah.Astaghfirullahalazim.


Sungguh kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan bukan jalan yang mudah,penuh dengan liku-liku yang memerlukan kemahiran untuk si pengendali hati melaluinya dengan penuh hati-hati.Silap sedikit boleh menyebabkan kita tergelincir ke 'gaung yang dalam'.Gaung yang saya maksudkan adalah keadaan di mana hati mula menjauh dariNya.Sekadar analogi untuk dikongsi bersama.


Berikut antara lirik lagu yang saya sempat hayati malam ini.Bersama-sama kita renungkan.


InshaAllah

by: Maher Zain


Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lost

That your so alone

All you is see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You cant see which way to go

Dont despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah

Insya Allah youll find your way

Everytime you can make one more mistake

You feel you cant repent

And that its way too late

Yourre so confused, wrong decisions you have made

Haunt your mind and your heart is full of shame

Dont despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side

Insha Allah

Insya Allah youll find your way

Insha Allah

Insya Allah youll find your way

Turn to Allah

Hes never far away

Put your trust in Him

Raise your hands and pray

OOO Ya Allah

Guide my steps dont let me go astray

Youre the only one that showed me the way,

Showed me the way

Insha Allah

Insya Allah well find the way


Muhasabah Cinta

by:Edcoustic


Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini

Berat ujian dari-Mu

Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu

Tak pandai aku bersyukur

Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah

Mengalun berzikir di kidung doaku

Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku

Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa

Jika ku harus mati

Pertemukan aku dengan-Mu


Syukur

by:Ungu

Selalu kusakiti Engkau dengan dosaku

ku balas segala kebaikanMu dengan kekurangan

tiada pernah ku menyadari semuanya

bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasaMu

Alhamdulillah ku syukuri semua

terimakasih ku Ya Allah

atas indahnya hidup
Alhamdulillah ku syukuri semua

terimakasih ku Ya Robbi

atas rahmat dalam hidupku
selalu ku tinggalkan Engkau dengan khilafku

kubalas segala kemurahanMu dengan keburukan

tiada pernah ku menyadari semuanya

bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa-Mu
Alhamdulilah.. ku syukuri semua

Terima kasihku ya Robbie

Atas rahmat dalam hidupku

Selalu ku tinggalkan engkau dengan khilafku

Ku balas sgala kemurahanMu dengan keburukan

Tiada pernah ku menyadari semuanya

Bahwa nafas yang ku hirup adalah kuasa Mu


Dugaan dalam hidup ini tidak akan putus sama ada ia berbentuk nikmat atau musibah.Sebagai hambaNya kita perlu kuat dan selalu mengadu padaNya kerana tiada tempat lain lagi untuk mengadu selain padaNya.Hanya Allah yang mampu membantu kita walaupun bentuk bantuanNya bukanlah sesuatu yang kita redhai,namun pasti ada hikmah di sebalik segala kejadian.


Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 186:-

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku,maka sesungguhnya Aku dekat.Aku kabulkan prmohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu agar mereka memperoleh kebenaran.


Saya berharap kawan-kawan dan orang sekeliling dapat sama-sama memberi motivasi,nasihat dan bimbingan antara satu sama lain kerana manusia itu sifatnya sering lupa.Moga 'post' kali ini dapat menjadi ajakan pada pembaca blog ini untuk turut bermuhasabah diri.Hidup ini singkat.Bila-bila sahaja mungkin akan dijemput menemuiNya.


Andai ada kecacatan dan khilaf dalam 'post' ini saya mohon teguran yang membina dari kalian.Saya juga manusia biasa yang selalu melakukan kesalahan.Maafkan diri ini sekiranya mengeluarkan pendapat yang mungkin tidak seiring dengan cara pemikiran kalian.


Sekian,wassalam.

Monday, December 14, 2009

Akhirnya kutemui juga jodoh..

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulilah,hari ini dengan izinNya saya masih bertaut pada nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman.


Kalau memang jodoh..

Tajuk 'post' ini mungkin agak mengejutkan,mungkin juga tidak.Mungkin Abah saya di rumah sudah tidak senang duduk apabila terbaca sahaja tajuk 'post' ini.Maklum sahaja,belum habis tahun pertama,sudah bertemu jodoh.Pasti runsing kepala memikirkannya.


Tapi,Abah jangan risau.Along bukan bercerita tentang jodoh Along.Saya sedang bersukacita kerana saya berjumpa jodoh untuk blog saya ini.


Semalam,saya menghabiskan hampir seluruh hari saya untuk mengulangkaji pelajaran.Namun,emosi saya banyak terganggu dek kerana ketiadaan air di asrama MARA.Air tiada sejak pagi sehingga malam.Ini menyulitkan kami untuk membuat rutin seharian kami.Selera makan pun seolah-olah mati kerana hal ini.Baru sahaja dugaan kecil,emosi kami sudah pun terganggu.Tapi perjuangan harus diteruskan.Kami teruskan belajar demi mencapai kecemerlangan untuk masa depan diri,agama,keluarga dan negara.


Maka,untuk menghilangkan tekanan selepas belajar selama beberapa jam,saya membuka laman web kesayangan saya iaitu www.iluvislam.com. Artikel-artikel menarik saya buka untuk membacanya.Alhamdulilah dengan cara yang Allah ilhamkan pada saya,sedikit sebanyak memberi sedikit kelegaan dari tekanan belajar.


Berbalik pada jodoh yang saya temukan untuk blog saya,saya menjumpai sebuah artikel di bawah 'sub-topik' lirik dan lagu.Tajuknya ialah PENCARI JALAN-MU.Memang sesuai dan serasi saya rasakan jika digabung dengan link blog saya iaitu 'pencari jalan taqwa'.Justeru atas alasan itulah saya katakan saya telah bertemu jodoh untuk blog saya.Saya sangat menyukai liriknya.Semoga kita dapat menghayati lirik lagu ini.


PENCARI JALAN-MU-Afghan


telah banyak jalan yang kulewati

jalan hitam di dunia

tak terhitung salah menodai

masihkah ada kesempatan

bagiku mendekatkan

hati dan cinta kasihMu


ku ingin bersihkan diriku

dari segala dosa

yang telah kuperbuat hingga kini


kuingin bersihkan jiwaku

terangilah dengan segala

petunjuk jalanMu


bersihkan,terangi hidupku


tiada yang ada selainMu

yang selalu menjagaku

meski kadang tinggalkanMu


aku hanyalah manusia

yang mencari jalanMu

yang pasti kembali padaMu



Sebenarnya tujuan utama saya membuat blog ini adalah semata-mata sebagai wadah untuk mencari kekuatan diri dan memperbaiki kekurangan yang ada dalam usaha membimbing diri dan juga saudara seagama dengan saya ke jalan yang diredhai olehNya.Diharap objektif saya tercapai dan diredhai Allah,insyaAllah.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar sambil menonton video klip lagu ini,bolehlah melayari 'link' ini.
http://www.iluvisalm.com/v1/readarticle.php?article_id=2114

Sekian,wassalam.Doakan kekuatan kami untuk menghadapi ujian ini tanpa melupakan Allah sebagai tujuan kami yang sebenar-benarnya.Semoga jasa kalian mendapat berkat dari sisi Allah.Amin.

Saturday, December 12, 2009

Otak macam Albert Einstein...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah setelah bergelut dengan pelbagai 'definition' dan memerah otak menghafal fakta,kami selamat menjalani ujian praktikal Biochemistry petang tadi.

Saintis Percubaan
Beberapa jam yang lalu kami baru sahaja menduduki ujian praktikal Biochemistry untuk modul kedua semester ini.Sebelum itu,hampir 22 jam kami berdamping dengan buku tidak lupa nota dalam 'website' yang boleh dikatakan hampir separuh mati.Akan tetapi kami tidak layak berkata begitu kerana kesakitan MATI pun kami belum pernah rasai.Apa pun yang pasti,kami berjuang habis-habisan mengulangkaji pelajaran.Makan pun tak lalu,tidur pun sekejap bangun,sekejap tidur.Mata pun hampir bengkak jadinya.Alhamdulilah ada seorang sahabat kami sempat berpesan,"Belajar kerana Allah,bukan sebab periksa".Kami pun beristighfar sambil membetulkan niat kembali.

Ujian sebentar tadi bukannya mudah.Maklum sahaja ini merupakan pengalaman kami yang pertama menjawab ujian praktikal sedemikian rupa.Pada mulanya, semua orang datang ke makmal awal setengah jam.Pada hal sebelum ini,kami hanya akan datang lima minit sebelum kelas dan ada juga kami datang tepat pada masanya.Berbalik pada cerita saya,muka-muka gementar dan pucat jelas kelihatan.Buku teks yang tebal itu tidak habis-habis dibelek sambil meneliti fakta-fakta yang terkandung di dalamnya.

Tiba-tiba,seorang pensyarah masuk memberi taklimat awal tentang ujian kemudian terus mengajak kami masuk ke makmal untuk menjalani ujian.Dengan kalam suci bismilah kami meneruskan langkah.Setiap orang diberi tempat khas di dalam makmal.Akan tetapi jarak antara satu sama lain tidaklah begitu jauh sehinggakan kalau hendak meniru pun boleh.Masalahnya,soalan untuk setiap orang adalah berbeza,jadi kami tidak berkemungkinan boleh meniru satu sama lain.

Terdapat 10 stesen yang setiap satunya mempunyai soalan yang berbeza.Kami perlu menjawab setiap soalan selama 2 minit sahaja sebelum diarahkan bertukar stesen untuk menjawab soalan lain pula.Jantung berdegup kencang,muka menjadi pucat,tangan yang sedia sejuk kerana musim sejuk bertambah-tambah sejuk gara-gara menjawab soalan yang sederhana susah tapi dalam masa yang sangat singkat.Terasa seperti otak kami sedang bekerja pada tahap paling maksimum untuk mengeluarkan kembali fakta yang telah dipelajari.Ada soalan yang dapat dijawab,ada juga tak dapat dijawab kerana tak sempat bukan kerana kami tidak membacanya sebelum ini.Ada juga soalan KBKK yang memerlukan masa untuk menjawabnya.Akhirnya,saya berjaya menjawab hampir semua soalan tapi tidak tahu sama ada betul atau salah dan menumpukan perhatian yang lebih kepada soalan yang saya berkeyakinan untuk jawab.Bak kata orang"Jangan jadi seperti Lebai Malang,yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran".
Selepas tamat menjawab soalan tersebut,saya masih mampu tersenyum kerana saya memilih untuk tidak tertekan walaupun soalan yang dijawab tidak memuaskan hati saya.

Seterusnya,kami diberi satu 'test tube' yang dipenuhi dengan sejenis 'solution'.Kami hanya diberi 20 minit untuk melakukan beberapa ujian ke atas 'solution' tersebut untuk menentukan sama ada 'solution' tersebut adalah jenis karbohidrat atau protein dan memperincikan lagi ujian tersebut.Kami pun dengan penuh semangat mencampurkan cecair A dengan cecair B kemudian menitiskan cecair C.Selepas itu,kami panaskan pula campuran tersebut sehingga menghasilkan pelbagai warna.Ya Allah betapa girangnya hati ini bila dapat menguasai sesuatu ilmu Allah sehingga kami rasakan kami ini seorang saintis muda.Alhamdulilah ya Rabbi.

Apa yang kelakarnya apabila 'determination test' ini dijalankan ,semua orang berbincang dengan kawan masing-masing seolah -olah itu bukan ujian.Para pemantau pula hanya membiarkan sahaja kami berbincang kerana mereka tidak faham apa yang kami bincangkan memandangkan kami berbincang dalam bahasa melayu.

Sebenarnya banyak lagi yang nak saya kongsikan pada minggu ini,tetapi ada tanggungjawab lain sedang menunggu iaitu tanggungjawab menuntut ilmu bersamaan jihad di jalan Allah.InsyaAllah andai ada kelapangan masa dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah,saya akan terus menulis di blog ini.

Sekian,wassalam.

Tuesday, December 8, 2009

NUR KASIH:episod masih belum berakhir...


Bismillahirrahmanirrahim..


Syukur pada Tuhan yang maha pengasih kerana masih memberi nafas kepada kita untuk mengabdikan diri kepadaNya.InsyaAllah..




NUR KASIH


Pada 'post' kali ini saya bukan mahu bercerita panjang tentang fenomena terkini di Malaysia iaitu fenomena drama bersiri NUR KASIH.Tetapi sekadar mencari tajuk menarik untuk 'post' ini tetapi masih berkait sedikit sebanyak.




Sebenarnya saya sedang 'tertekan' kerana peperiksaan pertengahan semester akan tiba dalam masa kurang seminggu.Saya masih mengulang kaji.Akan tetapi,masih banyak sub-topik yang perlu diulang kaji.Fikiran mula runsing.Saya kuatkan hati dengan bersikap positif.Senior kami pernah berkata"Budak-budak medic selalu stress sebab jauh dengan Allah".Nauzubillah..




Maka,sebagai hamba yang lemah,yang sentiasa memerlukan pergantungan dan pengharapan daripada Allah,Al-Quran dibaca untuk mendapat ketenangan dariNya.Dan pagi ini ketika mengulang kaji,terlintas di fikiran untuk mendengar surah An-nur.Lalu document 'Al-Quran' saya buka untuk mendengarnya.


Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Alhamdulilah.Ketenangan itu saya perolehi.Inilah untungnya mempunyai Kekasih yang agung untuk menenangkan kita.Ketika saya mendengar surah An-nur,saya tiba-tiba tertarik dengan satu ayat tapi tidak tahu ayat yang mana.Lantas saya pun membuka 'internet' dan mencari tafsirannya gara-gara malas hendak mencari di dalam bilik.Dan akhirnya saya temui ayat yang saya cari-cari.


Demi sesungguhnya, Kami telah menurunkan ayat-ayat yang menerangkan (hakikat kebenaran dengan berbagai dalil dan bukti); dan Allah memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus


ayat 46,surah An-nur


Oleh sebab itu juga,saya memilih untuk menggunakan nama NUR di Mesir lantaran orang arab sangat susah menyebut nama saya dengan betul.Tambahan pula nama NUR terdapat di dalam Al-Quran kalam suci Allah.NUR dalam bahasa melayu didefinisikan sebagai cahaya.Cahaya pula diibaratkan sebagai petunjuk.Maka saya berharap Allah sentiasa mengekalkan saya dan juga orang-orang sekeliling saya mendapat hidayah dan petunjuknya kerana hanya orang yang dikehendaki akan mendapat petunjukNya.Amin.


Dugaan NUR di Mesir

Biar dugaan ini tidaklah 'syadid' seperti saudaraku di Palestin,tapi yang pasti jihad di jalan Allah bukanlah satu perkara yang mudah.Bukan senjata yang dibawa,tapi cukup sekadar bergelut dengan pelajaran-pelajaran yang sukar sudah cukup untuk menguji kesabaran.


Benarlah kata orang,'medic' bukan satu cabang ilmu yang mudah.Ianya menuntut pengorbanan yang tinggi tidak kira dari segi harta,masa dan emosi.Memang ramai insan yang kecundang di pertengahan jalan,malah tidak kurang juga yang berjaya.Oleh itu,saya mahu bangkit menjadi orang yang berjaya semata-mata untuk mencapai keredhaan Allah dan membahagiakan kedua-dua ibu bapa saya yang banyak berkorban untuk saya dan adik-adik tidak lupa untuk agama dan negara yang tercinta.


Saya memohon para pembaca 'post' ini untuk menitipkan secebis doa agar diberi kekuatan untuk meneruskan perjalanan yang penuh berliku ini.Semoga Allah membalas jasa kalian dengan sejuta rahmat di dunia dan akhirat.Amin.


Sekian,wassalam.


Monday, November 30, 2009

Hati pun boleh berzina ke???

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang satu isu yang ramai lagi masih tertanya-tanya tentangnya, iaitu ZINA HATI.Jadi saya bukanlah para ulamak untuk membahaskan isu ini secara ilmiah dengan lebih tepat.

Cadangan saya,silalah melawat 'link' ini jika berminat dan berkesempatan

Mungkin ada yang sudah tahu,ada juga yang baru kali pertama mendengarnya.Maka sama-samalah kita keluar dari kepompong kejahilan ini.Bagi yang masih mahu mendapatkan penjelasan lanjut,sila bertanya orang-orang yang lebih mengetahui dalam isu ini.InsyaAllah,semoga mendapat hidayahNya.Amin.

Sekian,wassalam.
Jazakillah khairan kathira..

Saturday, November 28, 2009

Pilihan di tangan kita....

Sekadar untuk renungan bersama..

Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada Kita.. Selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Lalu Kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..

Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dlm keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan Kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..

Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina

Begitulah jua halnya dgn Allah Taala.. Jika Kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan Kita di tempat yang baik Dan tempat yg selayaknya bagi Kita.. Iaitu syurga..

Namun jika Kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah akan ‘basuh’ Kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan Kita ke dlm syurga..

Tetapi jika Kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak2 utk menghumbankan Kita ke dlm neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..

Semoga bermanfaat…


:dipetik dari Alexmedical Team..

Meniti hari-hari yang masih berbaki..



Bismillahirrahmaanirrahim..


Alhamdulilah,hari ini Allah masih memberikan saya dan rakan-rakan bernafas sebagai hambaNya di bumi Mesir ini untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar perubatan.Syukur juga kami panjatkan padaNya kerana terpilih diberi jutaan nikmat kepada kami dari jutaan manusia yang ada di dunia ini.



Meniti hari-hari yang masih berbaki..



Tajuk 'post' kali ini seolah-olah coretan seseorang yang akan menemui ajalnya tidak lama lagi.Namun saya tidaklah bermaksud begitu,cuma sebagai seorang muslim adalah wajib bagi kita untuk mengingati mati walaupun tidak ada tanda-tanda kita akan mati pada waktu yang terdekat ini.

Andai benar nyawa saya bakal terhenti tidak beberapa lama lagi,saya memohon maaf pada semua yang pernah mengenali saya,yang pernah berkawan dengan saya,yang pernah menyayangi saya sebagai anak,kawan,sahabat,saudara dan sebagainya.Tidak salah rasanya saya berkata begitu kerana kita sendiri tidak tahu bila malaikat maut akan menemui kita untuk melaksanakan tanggungjawabnya.Panjang pula mukadimah pada 'post' kali ini.Maafkan saya.



Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk mengemaskini blog saya yang 'simple' ini. Akan tetapi kesibukan yang merantai,membantutkan hajat saya untuk berkongsi cerita dan pengalaman saya sejak akhir-akhir ini.

Terima kasih pada Abah kerana sudi menjadi pembaca setia blog Along.



Sibuk seperti menteri?


Modul 2 bagi pelajar tahun satu Universiti Iskandariah sudah beberapa minggu berjalan.Kami terpaksa mengikuti jadual kelas yang sangat padat sambil melakukan aktiviti lain seperti SC dan sebagainya.Kadang-kadang kelas kami bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 6 petang.Pada suatu masa,SC(smart circle) dijalankan pada hari yang memenatkan.Hendak saya terangkan keadaan sebenar supaya tidak menjadi isu pada masa akan datang.SC yang dijalankan pada hari itu memang telah dipersetujui oleh kami semua termasuk saya kerana hari lain juga jadual sangat padat.Tetapi apa yang hendak saya jelaskan ialah kesibukan kami sebagai pelajar perubatan membuatkan saya tidak berkesempatan untuk 'update' malah untuk menghubungi keluarga yang tercinta pun saya tidak sempat walhal detik demi detik saya merindui mereka semua .Mana tidaknya,subjek biochemistry memerlukan komitmen yang sangat tinggi untuk mempelajari dan memahaminya.Tajuk pada hari semalam akan dibincangkan semula dalam 'pathway' yang baru dipelajari pada hari ini dan subjek pada hari ini pula akan berkaitan dengan 'pathway' yang akan dipelajari pada hari esok dan begitula seterusnya untuk subjek ini.Kaitan sangat meluas dan memerlukan kami sedia memahami subjek yang telah dipelajari dan akan dipelajari.Waktu tidur pun sedikit sebanyak terjejas dek kerana masa yang lama untuk memahami sesuatu tajuk kecil dalam subjek tersebut.Belum lagi berbicara tentang tajuk-tajuk besar dan KBKK berdasarkan tajuk.Bukan calang-calang soalan yang akan diajukan seperti soalan sejarah atau bahasa Melayu ketika SPM tempoh hari.Walaupun kami telah membaca buku untuk sekian kalinya,kami masih tidak dapat menjawab soalan contoh MCQ.Cuba kalian bayangkan betapa luasnya subjek tersebut berkait.

Sehubungan itu,saya mula sedar bahawa Allah ingin tunjukkan sesuatu pada kami melalui kesulitan dalam memahami subjek ini.Saya mula sedar bahawa ilmu Allah begitu luas untuk dipelajari.Itu baru sahaja satu subjek,belum lagi subjek-subjek yang lain.Apabila saya terasa susah untuk belajar subjek ini,saya cuba positifkan diri dengana menagatakan,'Ini adalah ilmu Alllah.Bukan semua orang layak diberi peluang sebegini rupa untuk memahami subjek ini sekali gus mendekatkan diri kepada Allah.'Maka benarlah kata para ulamak bahawa dakwat tinta selautan dunia pun tidak akan cukup untuk menulis semua ilmu Allah.Subhanallah..Sesungguhnya kita sebagai hamba tidak layak langsung membanding diri dengan Allah seperti mana perbuatan Firaun yang mengaku dirinya tuhan.Berbalik pada kisah kesibukan kami,atas alasan itulah(kesibukan) kami tidak berkesempatan untuk 'update',telefon keluarga apatah lagi untuk 'online'.Alhamdulilah saya masih sedar akan tanggungjawab dan tujuan saya ke sini adalah untuk menuntut ilmu dan berjasa pada agama,keluarga,bangsa dan negara.Justeru saya tidak boleh main-main dalam kesibukan mengejar waktu untuk belajar.Bahkan ketika saya menulis 'post' ini pun sebenarnya seorang rakan saya sedang menunggu untuk belajar sama-sama.Kalau diikutkan hati yang masih berada dalam 'mood' raya ini,jangankan belajar,buka buku pun saya malas.Tapi demi tugas saya dan rakan-rakan sebagai khalifah Allah di dunia ini,saya ikhlaskan juga niat belajar dan berjihad di jalan Allah.Walaupun jihad dan pengorbanan kami ini tidak sehebat pengorbanan nabi Ismail dan nabi Ibrahim,kami dambakan keredhaan Allah dan juga restu ayah bonda di tanah air supaya kami berjaya di dunia dan akhirat.

Saya masih ingin bercerita tentang pengalaman saya beraya di perantauan buat kali pertama.Tapi apakan daya,kita hanya mampu merancang,Allah juga yang menentukan segalanya.Saya terpaksa tangguhkan hajat saya untuk berceloteh panjang gara-gara komitmen belajar dan janji yang sudah dibuat dengan rakan untuk sama-sama belajar.Sekian sahaja untuk 'post' kali ini.



Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari saya hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah disandarkan pada saya hambaNya yang lemah ini.Sekian,wallahualam.Wassalam.


Thursday, October 29, 2009

Mereka nak bunuh kami?


Bismillahirrahmanirrahim ..

Syukur pada Allah masih memberi peluang menghirup nafas di dunia ini.Walaupun diri ini bukan 'maksum' dan sentiasa melakukan kesalahan, Allah masih memberi sepasang mata dan telinga, hidung dan mulut tanpa menarik satu pun.Alhamdulilah ya Rabb ..


Mereka nak bunuh kami ..


Nyawa kami di sini ibarat telur di hujung tanduk.Setiap kali keluar, kami pasti akan hampir dilanggar oleh kereta kerana sikap memandu mereka yang sangat dahsyat.Hendak melintas pun seolah-olah hendak membunuh diri kerana terpaksa melintas di jalan raya yang sibuk yang mana kereta-kereta bergerak dengan sangat laju.


Mula-mula kami tidak berani melintas kecuali dengan jumlah pejalan kaki yang ramai.Alah bisa tegal biasa.Lama-lama kami sudah membiasakan diri dengan cara melintas jalan raya di sini.


Meskipun sudah biasa,saya masih rasa sakit hati dengan pemandu-pemandu yang kadang-kadang tidak berperikemanusiaan.Misalnya kejadian petang tadi.Sedang saya hendak melintas di jalan yang agak lengang,tiba-tiba sahaja ada kereta bergerak yang melanggar saya.Kemudian si pemandu yang 'berhemah' memaki hamun saya dalam bahasanya sendiri sambil menunjukkan isyarat 'tak ada otak'.Sakitnya hati ini Allah sahaja tahu.Dia yang bergerak dengan sangat laju dan tidak 'alert',tiba-tiba pula memarahi saya.Kalau benar saya yang salah,dia pasti mengehon keretanya dari jauh seperti kebiasaan yang selalu dibuat oleh pemanadu-pemandu di sini. Tapi tidak.Dia hanya memarahi saya apabila hampir terlanggar.Sememangnya pak arab ini sungguh mencabar tahap kesabaran saya. Mereka nak bunuh kami ke?Sabarlah duhai hati..

Saat genting!


Semalam kami 'berhempas-pulas' membaca modul 1 untuk semester 1 kerana hari ini 'exam' akan diadakan pada hari ini.Walaupun begitu,kami tidaklah terlalu fokus kerana adanya 'internet'. Jadi godaan untuk 'online' itu sangatlah besar.Hanya iman dan tekad sahaja yang boleh menahan kami daripada 'online'.


Ada juga yang sibuk mencuba-cuba skill memasak untuk hilangkan 'stress' belajar.Nikmat juga dapat makan nasi setelah sekian lama tidak menikmati makanan Malaysia lagi-lagi hasil air tangan sendiri.Memang puas hati .. Alhamdulilah.


Itu kisah semalam.Hari ini setelah habis sahaja 'exam', semua mula memanjangkan langkah.Ada yang hendak ke pantai tak kurang juga hendak 'window shopping'. Semuanya gara-gara hendak 'release tension' selepas 'exam'.


Malam ini pula, 'pesta tengok video' mula berlangsung.Ada juga yang tak habis-habis melayan 'ym', 'fb'dan video korea.Saat inilah yang dikatakan saat genting.Saat ini sebenarnya Allah sedang menguji kami dengan pelbagai bentuk kesenangan. Hakikatnya, apabila hanyut dengan limpahan nikmat, manusia sering lupa pada Allah pada hal mereka di dalam lingkungan nikmatNya.MasyaAllah.Sungguh manusia ini pelupa akan penciptaNya tidak kurang juga saya hambaNya yang lemah ini.


Kehidupan di alam universiti ini sangat 'fragile'. Jika diri tidak dibajai dengan tazkirah serta ibadah yang mendekatkan kita pada Allah, maka senanglah untuk kita hanyut dari landasan yang sebenarnya.Iman makin menurun apabila terlalu banyak membuat perkara 'lagho'. Sungguh saya risau dengan keadaan ini sebenarnya.Bimbang iman senipis kulit bawang ini bakal lenyap dengan cara hidup yang mementingkan duniawi serta meremehkan ukhrawi.


Ya Allah, sungguh hambaMu ini rindu akan suasana di sekolah berasrama dulu.Walaupun setiap masa ada sahaja aktiviti yang diaturkan untuk kami, tapi kami diatur untuk menjadi lebih berdisiplin dan sistematik dalam urusan diri dan akademik.Apabila memasuki fasa baru iaitu fasa selepas sekolah menengah, kebebasan yang diberi sewajarnya dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.Bagi kami yang berada di luar negara, mak dan ayah jauh di Malaysia.Tiada siapa pun yang akan memarahi jika kami berbuat sesuatu yang salah.


Namun, Allah sentiasa berada di mana-mana dan maha melihat.Sebagai orang yang beriman dan bertaqwa, saya menasihati diri saya dan rakan-rakan sekalian untuk sama-sama menyedari matlamat dan tujuan kita ke sini adalah untuk belajar dan sentiasa memperbaharui niat untuk mencapai keredhaan Allah semata-mata.

"Ya Allah, peliharalah kami dari terus lalai dari mengingatiMu saat kami dalam kesenangan mahupun dalam kesusahan.Kami takut seandainya kami mati tanpa mengingatiMu, kami takut sekiranya kami mati sebelum sempat kami bertaubat.Maka Engkau kurniakanlah kekuatan, ketaqwaan, hidayah dan petunjuk kepada kami agar kami akan kekal menjadi muslim yang soleh di sisiMu.Amin .."

Segala yang baik datang dari Allah dan segala yang buruk datangnya dari saya hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah disandarkan pada saya hambaNya yang lemah ini.Sekian,wallahualam.Wassalam.











Tuesday, October 27, 2009

Untuk tatapan semua..
























































Assalamualaikum.
Ini ada sebahagian gambar yang saya perolehi dari kawan-kawan kerana kamera saya ada sedikit kerosakan.Apa-apa pun,selamat melihat-lihat foto kami..

Monday, October 26, 2009

Akhirnya bumi ini dilimpahi berkatNya jua..


Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah,setelah hampir sebulan di bumi kinanah ini,kami berpeluang merasai suasana ketika hujan di Mesir..


Jarang-jarang hujan..

Mesir memang jarang hujan.Pagi semalam setelah beberapa minit azan subuh berkumandang,bumi Mesir ditimpa hujan lebat.Sungguh tenang suasana hening pagi ini.Terasa seolah-olah Allah sedang memberikan rahmatNya kepada tanah yang sudah lama tidak berhujan.Sememangnya di Malaysia,hujan adalah perkara biasa.Tetapi,hujan di Mesir sangat jarang dan dianggap rahmat yang besar.Syukur pada Allah kerana telah memberikan sebahagian dari nikmatNya.


Membina nilai sabar..

Hari demi hari,kami mula sukakan bumi Mesir ini.Terlalu banyak baik dan buruknya.Yang baiknya apabila berjumpa orang arab yang sangat peramah.


Sebagai contoh,Jumaat lepas saya diajak oleh senior tahun dua untuk ke jamuan anjuran ustazahnya(orang arab).Muda lagi orangnya,baru 22 tahun.Pada pertemuan pertama itu,kami disambut penuh meriah.Mula-mula dia berjabat tangan lalu dipeluknya kami seerat-eratnya.Kemudian,dicium pula pipi kami berkali-kali.Mungkin situasi ini nampak pelik di Malaysia.Tapi di Mesir,beginilah orang arab meraikan ukhuwah mereka.Tidak cukup dengan itu,ustazah itu memegang tanganku bagai tidak mahu berenggang.Naik hairan juga kami dibuatnya.


Itu contoh orang arab yang baik.Ahad lepas kami ke Carrefour pula.Jalan-jalan timba pengalaman di samping meluaskan pemandangan.Semasa hendak pergi ke sana lagi kesabaran kami sudah teruji.Tambang teksi yang selalunya 5 L.E dinaikkan sehingga 10L.E.Akhirnya,tanpa pilihan kami terpaksa mengikut permintaan harga pemandu teksi tersebut.Setelah sesi tawar-menawar barulah kami dapat kadar 8L.E.Sakitnya hati ini biarlah Allah yang tahu.Semasa hendak balik pun kami ditipu lagi denagn pemandu teksi.Mula-mula dia setuju hendak ambil tambang sebanyak 9L.E yang kami rasakan sangat mahal.Tiba-tiba setelah sampai ke asrama MARA,dia meminta 10 L.E.Geram sungguh.Katanya jalan ke mari sangat komplikated.Cakap tak serupa bikin betul pak cik itu(sebenarnya muda lagi).Sabar sahajalah.Kami berazam hendak menguasai bahasa arab ammiah.Senang untuk kami 'bergaduh' dengan orang arab nanti.


Kes di kedai makan memang benar-benar menguji kesabaran kami.Mentang-mentang kami orang asing di negara ini,mereka seolah-olah mengabaikan kewujudan kami.Bayangkan kami terpaksa menunggu lama di kaunter untuk menempah makanan kerana si 'cashier' sibuk melayan orang arab yang lain yang datang untuk membeli makanan.Pada hal kami telah lama berada di situ.Sepertinya kami ini halimunan.Tidak dipedulikan langsung.Ikutkan hati hendak sahaja ke kedai lain,tapi pilihan tidak banyak tambahan pula kami sudah penat kerana baru pulang dari kuliah.


Allah benar-benar mahu menguji tahap kesabaran hamba-hambaNya di sini.Alhamdulilah,sekurang-kurangnya kami dapat meningkatkan keimanan apabila bersabar.Sebab itulah menjadi orang beriman sangat beruntung.


'Apabila mereka diberi nikmat,mereka bersyukur.Apabila mereka ditimpa musibah,mereka bersabar'


Berbaloikan jadi orang beriman?(^_^)Memang berbaloi-baloi..Alhamdulilah..







Friday, October 23, 2009

Sudah bijakkah kita atau masih di takuk jahil?

Mari sama-sama kita muhasabah diri..Orang yang bijak adalah orang yang mengingati MATI dan berusaha bersedia ke arahnya..InsyaAllah..

Semoga kita dapat bertaubat sebelum nafas terhenti...Amin..

Thursday, October 22, 2009

Ujian dan dugaan mula menjengah..











Bismillahirrahmaanirrahim..
Alhamdulilah,hari ini Allah masih memberikan saya dan rakan-rakan bernafas sebagai hambaNya di bumi Mesir ini untuk meneruskan perjuangan sebagai pelajar perubatan.Syukur juga kami panjatkan padaNya kerana terpilih diberi jutaan nikmat kepada kami dari jutaan manusia yang ada di dunia ini.

Belajar tanpa buku..
Minggu ini sudah memasuki minggu kedua kami menuntut di Universiti Iskandariah sebagai pelajar perubatan.Subjek nampak ringan pada fasa permulaan ini.Realitinya,subjek untuk modul pertama ini memerlukan perhatian dan pemahaman kalau pun bukan untuk diri sendiri tetapi untuk peperiksaan yang bakal menjelma seminggu lagi.Kami sendiri terkejut bila dikhabarkan akan menduduki peperiksaan dalam masa terdekat.Antara subjek modul 1 ialah Medical History,Statistic,Medical Terminology,Ethics dan E-learning.
Malangnya,buku untuk modul pertama masih belum boleh diedarkan kerana masalah teknikal.Kami terpaksa belajar menggunanakan website universiti dan menyalin 'lecture notes' secepat mungkin ketika kelas.Memang sukar.Bayangkan pelajar perubatan belajar tanpa buku.Sungguh merunsingkan.Tulisan pun seperti cakar ayam kerana menyalin nota yang banyak kecuali pada insan-insan yang mempunyai tulisan yang kemas.

Senaman hari-hari..

Hari-hari kami terpaksa berjalan kaki untuk ke kuliah.Perjalanan biasanya mengambil masa 15 minit.Selalunya kami akan berjalan dengan sangat laju seperti orang Jepun lagaknya kerana sering kelewatan bersiap dari asrama.Penatnya usah ditanya.Hanya orang yang mengalaminya akan memahaminya.Mungkin masih belum dapat menyesuaikan hidup di sini dengan jadual kuliah yang sangat meletihkan.Kadang-kadang kami terpaksa ke kuliah sebelum pukul 8 pagi dan kuliah berakhir pada pukul 4 petang.
Kebanyakan dari kami risau berat badan akan bertambah apabila tiba di Mesir kerana hari-hari kami makan makanan arab yang berunsurkan karbohidrat dan protein yang sangat tinggi seperti roti,daging,kentang goreng,falafel,macaroni,roti dan roti lagi..Tapi apabila memikirkan kami terpaksa berulang alik dari asrama ke universiti yang jauh jaraknya,pasti lemak pun tidak sempat berkumpul kerana semua tenaga habis digunakan.Semuanya andaian kami semata-mata.

Antara Nabi Musa dan Firaun..
Sebelum kami berpijak di bumi Mesir ini,kami sering diperdengarkan "Mesir itu tempat nabi Musa dan Firaun.Orang-orang di sana pun begitu juga.Kamu pilihlah jalan hidup kamu sama ada nak jadi Firaun atau nabi Musa".

Apabila sampai di sini,perkara itu sangat jelas.Selalunya kami akan jumpa orang arab yang banyak karenahnya.Kadang-kadang kami terjumpa orang arab yang sangat baik dan peramah.Biarpun begitu, kami sangat berhati-hati dan memegang prinsip 'jangan percayakan arab'.Semalam kami berjalan-jalan di Mansiyah.Sesudah penat berjalan tekak pun mula haus.Kami singgah di kedai minuman.Di sana seorang pak cik arab melayan kami dengan sangat ramah dan memberi peluang kami merasa jus khurub.Sampai hari ini saya tidak tahu apa namanya di dalam bahasa Melayu.Jus itu sungguh sedap dan segar.

Di kedai yang lain pula,kami dipuji sebagai 'ahsan nas' kerana berasal dari Malaysia.Ada dua perkataaan baru yang dapat kami pelajari di sana.Walaupun hanya dua perkataan,kami sangat bersyukur.Inilah yang dikatakan nikmat belajar di negara orang.

Pada hari ini,kami diuji dengan sikap orang arab yang bersikap sambil lewa.Bayangkan kami terpaksa menempuh jalan yang sangat jauh untuk ke kuliah kerana pintu jalan singkat belum dibuka oleh orang arab itu.Sudahnya kami kepenatan yang teramat sangat.Mujur pensyarah hari ini sangat bijak memberi huraian sehingga kami betul-betul faham.Alhamdulilah..
Namun begitu,semua ujian dan dugaan di sini kami anggap sebagai kafarah dosa bagi membersihkan hati kami untuk menuntut ilmu.Kami redha dengan ujianNya.Ini menandakan Allah masih mengingati kami dan mahu kami kembali mengingatinya kerana cintaNya kepada kami sangat tinggi.Alhamdulilah..

Esok hari Jumaat,satu-satunya cuti dalam seminggu bagi pelajar perubatan Universiti Iskandariah.InsyaAllah,esok saya dan rakan-rakan berniat hendak berjalan-jalan di sekitar bandar Iskandariah sekadar mengetahui selok-belok di sini bagi memudahkan kami pada masa akan datang.Sekian sahaja untuk hari ini.Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang buruk datangnya dari saya hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah disandarkan pada saya hambaNya yang lemah ini.Sekian,wassalam.















Tuesday, October 13, 2009

Pesan ayahandaku..


Alhamdulillah, TQ. That day, it was so quick that I didn't managed to say a few "last words" to you. Basically, I wish to say similar to what Luqman said to his son (surah Luqman) to continously remember & abide Allah and Rasul always. You're now a medical student, so be one. Make me and your mom proud! Do savor your new experience in Egypt, enjoy it, but always remember your reason being there. Till later, take care. We all love you. Wassalam

Sunday, October 11, 2009

Mesir,sebuah tamadun yang pernah dibanggakan..kini ibarat dipandang sepi.







Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah,syukur kepada Allah kerana dengan izinNya dapat saya terus menulis di blog ini.Seterusnya,saya akan menyambung cerita dan pengalaman saya di Mesir untuk kita sama-sama ambil pedoman,InsyaAllah.

PERUBATAN memang 'best'..
Setibanya kami di Mesir kami disambut oleh senior-senior perubatan dalam Program Sambutan Mahasiswa Baru(PSMB) anjuran PERUBATAN.Sebenarnya PERUBATAN adalah singkatan kepada Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir.Objektif utama persatuan ini adalah kebajikan ahli dan kecemerlangan akademik.Sehubungan dengan itu,PERUBATAN juga menubuhkan Jabatan Keselamatan Sosial Islam(JAKSI) yang menekankan peri pentingnya konsep amar makruf nahi mungkar dalam kalangan kami.Pelbagai lagi kebaikan persatuan ini yang kami rasakan sangat bagus dan bermanfaat untuk semua ahli.Sesungguhnya inilah ciri-ciri persatuan yang aku idamkan sejak lama dulu.Alhamdulilah,Allah temukan kami di bumi barakah ini.
Kepada calon spm yang berminat menyambung pelajaran dalam perubatan,saya cadangkan Mesir sebagai destinasinya kerana terlalu banyak hikmah yang dapat kita singkap dan lihat melaui mata hati dan mata iman.Kemudian jangan lupa menjadi ahli PERUBATAN kerana ia ibarat ibu bapa yang menjaga kita di Mesir ini.

Keluargaku ada di Mesir..
Sampai sahaja kami di lapangan terbang Kaherah,kami dibawa ke Asrama Rumah Melayu Abasiyyah(ARMA),Kaherah.Di sana kami disambut oleh senior-senior dengan sangat meriah.Mereka bersalam dan memeluk kami seolah-olah keluarga sendiri.Sedikit sebanyak rindu pada keluarga terubat.
Terharu dengan sambutan itu.Mana tidaknya,sudahlah meninggalkan keluarga dan negara,kami sudah tidak punya sesiapa lagi melainkan kawan-kawan dan senior-senior di sini.Lima hari kami berada di ARMA,dijamu makanan melayu dan dilayan dengan penuh ramah.Ukuwah yang terjalin antara kami dan fasilitator yang juga merupakan senior kami dari bidang agama dan perubatan semakin erat seolah-olah telah berkenalan selama bertahun-tahun.

Ukuwah yang terbina sangat bermakna apabila kami disambut pula oleh penghuni rumah anak negeri.Memandangkan aku telah lama bermastautin di Selangor,maka aku pulang ke rumah anak negeri Selangor atau lebih dikenali sebagai Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir(BKASM).Di Iskandariah,PSMB juga sangat meriah.Kakak dan abang fasi tidak jemu membantu menguruskan hal kami yang baru tiba dari Kaherah.Ukhuwah makin kuat apabila kami berkunjung ke Dewan Perwakilan Mahasiswa Iskandariah(DPMI).Kakak-kakak yang belajar 'dirasat' menjamu kami makanan arab yang diubah suai mengikut citarasa melayu.Sungguh kreatif.Kami berkali-kali diajak ke DPMI lagi untuk mengeratkan silaturrahim.Alhamdulilah,'mahabbah' yang terbina 'fillah' ini sangat menyenangkan hati.Alhamdulilah,syukur..

Bangunan pakai sama uniform
Ustaz-ustazah di Kolej Shahputra pernah mengkhabarkan tentang bangunan di Mesir semuanya sama warna.Kali ini aku sendiri dapat melihat dengan mata kepalaku sendiri ianya memang realiti.Satu warna,warna kuning coklat.Terlalu sedikit bangunan yang berwarna lain.Orang kata,orang arab memang macam tu.Tapi dalam rumah,cantik.Tidak pula kutahu kesahihannya memandangkan aku sendiri tidak pernah berkunjung ke rumah orang arab.

Bosan sungguh pemandangan sebegini.Ibarat menatap kota yang tidak hidup.Rindu pada pemandangan di tanah air usah ditanya.Pokok-pokok hijau pula memang ada tapi sedikit dan banyak kelihatan di 'hadiqah' sahaja.Sekurang-kurangnya ada juga pokok.Kehidupan di Kaherah yang 'zahmah' ini kadang-kadang menakutkan.kalau sesat,jenuh la nak cari jalan pulang sebab bangunan sama warna dan bentuk.Tidak ada rumah banglo,teres dan sebagainya setakat ini pernah kulihat di Mesir.Semuanya duduk di rumah flat ala-ala filem 'Ayat-ayat Cinta'.Teringin juga hendak melihat rumah banglo di bumi yang penuh debu ini.

Kereta pakai bedak..
Cerita pasal debu,teringat pula aku pada kereta-kereta di sini.Sama ada kereta baru atau lama,semuanya berdebu.Sangat ketara.Ibarat pakai bedak berinci-inci.
Semasa dalam perjalanan ke Iskandariah,kami sempat melihat kereta-kereta baru dalam treler untuk dihantar ke 'showroom' dipenuhi debu seperti baru dihujani salji.Satu fenomena yang tidak mungkin kami lihat di Malaysia.

Roti oh roti,rezeki juga..
Hari ini baru genap dua hari kami tidak makan makanan melayu seperti hari orientasi tempoh hari.Kami asyik memakan makanan arab yang kebanyakannya berdasarkan roti.Di saat ini,kami sudah mula rindukan makanan melayu.Sungguh terasa rindu.
Namun begitu,alhamdulilah roti di sini dibuat dengan pelbagai jenis.Maka tidaklah kami terasa 'tension'.Antara roti yang ada di sini ialah 'syish tawook','syawirma','ish baladi','batatis' dan 'fatirah'.Tapi kami belum berkesempatan untuk makan ish baladi kerana ia dijual secara terdedah.Kadang-kadang dihurung lalat jalanan.Hilang pula selera kami hendak memakannya.

Rasanya sampai di sini dahulu cerita yang ingin saya kongsikan.Urat-urat tulang belakang dan leher sudah terasa lenguh kerana banyak menulis.Esok,kami harus memulakan hari baru dengan satu perkara yang tidak harus kami lupa iaitu amanah kami sebagai seorang pelajar perubatan Muslim Malaysia.Saya memohon doa kalian agar kami berjaya menjadi doktor muslim yang bertaqwa yang mampu berjasa pada agama,bangsa dan negara.Semoga kita semua berada dalam keberkatan dan cahaya petunjuk Allah di mana-mana dan untuk selamanya.Amin.Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya hakikatnya kedua-duanya datang dari Allah disandarkan pada saya hambaNya yang lemah ini.sekian.wassalam.

Saturday, October 10, 2009

Jauh perjalanan,luas pengalaman.bertambah pedoman..





















Bismillahhirrahmanirrahim.,
Alhamdulilah,setelah beberapa lama,akhirnya dapat juga saya siapkan
post saya yang pertama ini.Dalam post ini,saya ingin berkongsi pengalaman dengan para pembaca blog saya dengan harapan supaya kita sama-sama menyingkap iktibar serta pedoman yang dapat perolehi dari pandangan mata hati di samping mata kasar melalui pengalaman saya di bumi anbiyak ini..
Mesir,sebuah bumi kinanah..

Hijrahku bermula..

sabda Nabi Muhammad S.A.W
"sesiapa yang mengembara kerana untuk belajar sesuatu ilmu akan diampunkan dosa baginya sebelum dia melangkah"

Lebih kurang pkl 12.00 tengah malam di KLIA,1 Oktober 2009 pesawat EgyptAir perlahan-lahan bergerak meninggalkan tanah airku yang tercinta,bumi Malaysia.Kepalaku terjenguk-jenguk melihat pemandangan lampu-lampu di jalan-jalan dari cermin tingkap.Hati terasa sebak terpaksa meninggalkan tanah air,tempat tumpahnya darah apatah lagi terpaksa meninggalkan keluarga dan rakan-rakan yang sangat aku sayangi.Allah saja yang tahu bagaimana beratnya hati ingin meninggalkan segalanya yang ada di sini.Namun,mengingatkan hijrahku ini ialah jihad lillahita'ala,kukuatkan azam dan semangat.

Kini baru kusedar nilai sebuah hijrah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W,betapa sedihnya hati baginda apabila terpaksa meninggalkan kampung halamannya,Mekah.Namun berkat harga sebuah pengorbanannya,syukur pada Allah Islam berkembang ke seluruh dunia sehingga ke hari ini.

Destinasi sudah pasti.Mesir,bumi yang pernah diduduki Nabi Musa dan juga Firaun merupakan destinasi kami pelajar-pelajar yang diberi peluang melanjutkan pelajaran dalam perubatan tajaan MARA.Perjalanan selama 12 jam meredah langit biru bukan semudah yang disangka.Apa tidaknya,seharian kami menguruskan barang untuk ke Mesir.Ditambah pula kami hanya duduk selama berjam-jam menambahkan keletihan.Belakang badan sudah terasa sengal-sengalnya.Sungguh tidak selesa.Perjalanan panjang ini membuatkan kami seolah-seolah sudah berhari-hari berada di pesawat ini.Tapi kami hiraukan saja keletihan ini dan berdoa agar cepat sampai dengan selamat.Walaupun begitu,kami teruja untuk menjejakkan kaki ke bumi Mesir.Hatiku berdoa supaya segala urusan kami dipermudahkan di sana nanti.Maklum sahaja kami sudah diceritakan pelbagai kisah buruk di Mesir ini.Tapi aku percaya,Allah akan sentiasa membantu orang-orang yang berjihad di jalanNya..InsyaAllah.

Kaherah destinasi pertama.

Pemandangan dari dalam pesawat telah memberi gambaran sedikit sebanyak realiti tentang bumi Mesir.Sebaik sahaja mendarat di lapangan terbang Kaherah,Mesir kami dapat melihat gurun dan beberapa kapal terbang yang seolah-olah telah diletupkan lama dulu.Mungkin kesan perang pada Oktober 1979 yang lalu.

Di lapangan terbang antarabangsa itu,kelihatan struktur bangunan nampak moden,sayangnya luasnya seperti lapangan terbang terminal 3,Subang.Memang KLIA lebih layak dikagumi kecanggihan dan kemodenan bangunan berbanding di Kaherah.Udara di sini dipenuhi partikel-partikel debu namun masih boleh dihirup untuk meneruskan kehidupan.

Kaherah..Sebuah bandar yang besar dan sesak dengan jumlah penduduknya lebih kurang 20 juta orang.Ketika kami sampai,kereta sudah memenuhi jalan-jalan raya.Hon berbunyi berkali-kali dari segenap penjuru.Bagi mereka,memandu sambil mengehon adalah perkara wajib.Pernah sekali saya menaiki sebuah teksi,pemandunya mengehon sesuka hati kerana hon berada di hujung jarinya.Kelajuan kereta di sini sangat laju biar pun kereta yang dipandu hanya kereta buruk.Jalan raya seperti tidak mempunyai peraturan.Pemandu mengehon dan mengundurkan kereta di lebuh raya adalah pemandangan biasa.Kalaulah diberi peluang memandu di sini,aku tidak akan menerima kerana hanya akan menekan jiwa menambah stress dan runsing di kepala.

Roller coaster Mesir..

Aku belum pun pernah menaiki roller coaster di sini.Tapi pengalamanku menaiki 'tramko' ibarat menaiki roller coaster.Kelajuan yang dibawa hampir mencecah 140km/hour.Sangat menakutkan tapi lama-lama terasa adventure pula.Tramko yang dipandu beberapa kali hampir berlanggar dengan kereta lain.Nasib baik tramko di Alexandria lebih tertib dipandu.Di Kaherah,lorong 3 boleh dimuatkan 5 buah kereta.Mereka sangat mahir memandu kereta.

Tatkala terpandang kereta buatan Malaysia,tersemat juga rasa bangga menjadi warga Malaysia.Antaranya ialah kembara,waja dan gen 2.

Syukur mula bercambah..

Rakyat Mesir terlalu ramai.Hal ini membuatkan kadar kemiskinan juga tinggi.Di mana-mana terlihat pengemis meminta duit.Kebanyakan mereka orang tua,kanak-kanak dan orang cacat.Disebabkan perikemanusiaan yang masih tinggi,rasa kasihan bertambah-tambah.Kemudian kami sedar betapa beruntungnya menjadi insan yang sederhana dan mampu hidup tanpa mengemis di jalanan.Keadaan mereka sungguh menyayat hati.Memakai jubah yang sudah kotor dan buruk tapi masih bersolat.Keadaan pengemis di sini lebih teruk berbanding di Malaysia.

Itu soal pengemis.Jalanannya pula dipenuhi sampah sarap merata-rata melainkan jalan-jalan utama.Kadang-kadang rasa tidak lalu hendak melalui jalan tersebut.Ludahan,sampah serta bau yang tidak menyenangkan menyelubungi kebanyakan kawasan di Kaherah.Alhamdulilah jalan di Alexandria lebih baik sedikit dari Kaherah.Sesungguhnya keadaan di sini menambahkan lagi rasa syukurku mempunyai negara yang terurus dan lebih bersih dari sini.

Nampaknya malam sudah larut.Esok,hari kedua kami akan memulakan langkah sebagai pelajar perubatan.Satu perkara yang kami selalu diingatkan.Kami adalah aset negara,bangsa dan agama.Maka kami perlu bekerja keras menuntut ilmu memandangkan kami menggalas harapan ibu,ayah,agama dan negara.InsyaAllah,saya akan menyambung lagi cerita pengalaman saya di blog ini kiranya diberi kesempatan dan kesihatan oleh Allah.Banyak lagi cerita yang ingin saya kongsikan bersama kalian.Sebelum saya mengakhiri kalam,kepada sesiapa yang tahu taraf hadis di atas sama ada sahih,dhoif ,hasan atau sebagainya,minta tolong beritahu saya.InsyaAllah,kita sama-sama diberi keberkatan kerana berkongsi ilmu.



Firman Allah dalam surah At-taubah ayat 20 yang bermaksud,

"orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan"

Akhir kalam,semoga kita sentiasa berada dalam naungan keberkatan Allah dan bertambah taqwa dari hari ke sehari.Amin..Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya hakikatnya semua datang dari Allah disandarkan kepada saya hambaNya yang lemah ini.Wassalam.

11.11 p.m 10 Oktober 2009