Friday, February 12, 2010

Memoirs of a doctor wannabe..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah,syukur pada Allah kerana masih memberi jutaan nikmat pada kami semua walaupun seringkali kami melakukan kekhilafan pada-Nya.

Lama sungguh tidak menulis di blog kesayangan saya ini.Sebenarnya terlalu banyak cerita yang ingin saya kongsikan.

P.E.N.G.S.A.N!!

Buat kali pertama saya pengsan selepas mengambil darah untuk 'blood test'.

Kepala terasa sakit sangat sampai tak mampu membuka mata.
Seolah-olah sudah mati,cuma diberi peluang kedua.
Maklum sahaja,tak pernah pengsan sebelum ini.

Mujur kawan-kawan sudi menghulur bantuan,mengurut kepala yang sakit sehingga saya termuntah.
Perasaan malu usah ditanya.Biar menjadi rahsia antara saya dan sang Pencipta.
Alhamdulilah,setelah beberapa lama,keadaan saya bertambah stabil.

Kepada kawan-kawan yang membantu,terima kasih saya ucapkan tulus ikhlas dari hati ini.
Terima kasih kerana membantuku di waktu susahku.
I LOVE YOU ALL!!


SANAH HILWAH,myself!

Rasanya tahun ini akan menjadi tahun yang menyedihkan kerana menyambut 'birthday' tanpa keluarga selama 2 tahun berturut-turut.

Alhamdulilah,Allah mengurniakan kawan-kawan yang sungguh penyayang yang sudi menyambut hari jadiku.
Tetapi,sambutan dilakukan dengan helah yang tidak disangka-sangka walaupun ringkas sahaja helahnya.

Banyak coklat,kek serta hadiah yang kuterima.
Paling membuatkan saya terharu,ramai kawan saya yang mengucapkan 'Selamat Hari Jadi' disertakan dengan pelukan dan ciuman.
Hati saya benar-benar terusik.Walaupun tidak dapat hadiah semewah orang lain,saya tahu ada ramai orang menyayangi saya meski pun kami tidak begitu rapat.

Petang itu,saya sambut hari jadi bersama kakak senior di Cook Door.
Meski pun mereka dalam suasana peperiksaan,mereka tetap meluangkan masa untuk menyambut hari jadi saya.

Mama saya lain pula ceritanya.
Dua hari sebelum itu,dia sudah pun mengucapkan hari jadi pada saya.
Oh,rindunya pada Mama!

Pada hari yang sama,semua pengguna Celcom,termasuk saya dapat membuat panggilan percuma ke Malaysia untuk 2 hari.
Mungkin bersempena hari jadi saya.(^_^)

Tahun ini walaupun hari jadi saya disambut secara sederhana,saya sangat bersyukur pada Allah.
Tetapi,umur yang Allah kurniakan pada saya pada hari ini tidak bermaksud ia akan semakin bertambah,malah makin berkurangan setiap hari.
Terima kasih semua!!Semoga Allah membalas jasa kalian dengan jutaan nikmat di dunia dan akhirat.

'Ya Allah,jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang memanfaatkan umurnya dengan perkara-perkara yang diredhai oleh-Mu agar kami dapat menemui-Mu dalam keadaan yang baik.'Amin.


Jaulah Winter Break

Cuti kali ini cuma 2 minggu termasuk cuti belajar.
Kami meneruskan misi jaulah yang telah dirancang sejak berminggu yang lalu.
Destinasi kami ialah Tanta,Cairo dan Mansurah.
Semuanya terletak di bumi karamah,Mesir.

Tanta

Destinasi pertama.
Menggunakan tren,kami tiba di Tanta pada pukul 10 pagi.
Walau tak seindah bumi Iskandariah,Tanta mempunyai gaya tersendiri.

Orang-orang di sini lebih kasar dari biasa.
Bas dan tremko sentiasa penuh dan padat.
Universiti Tanta sempat kami singgahi.
Jubah-jubah dan buahan sangat murah dari tempat lain.
Musyrif pun 'sempoi',siap tolong tawarkan harga untuk kami.
Makam Syeikh Badwi ada di sini.
Rumah-rumah cantik dan murah harga sewanya.

Cairo
'Zahmah' seperti biasa.
Banyak duit yang digunakan untuk pengangkutan sahaja.

Destinasi kami di Cairo:-
BKAN Terengganu-tempat penginapan kami
Makrad Kutub-pameran buku ke-3 terbesar di dunia
Nile Cruise-menikmati makan malam eksklusif di atas cruise sepanjang Sungai Nil
Hadiqah Al-Azhar-taman yang sangat cantik di Cairo
Masjid Al-Azhar-masjid yang berusia barabad lamanya
Masjid Hussein-masjid yang menempatkan makam cucu Nabi Muhammad,Hussein
Pasar Hussein-tempat barangan murah seperti jubah,cenderahati,selendang,minyak wangi
Hadramaut-tempat makan nasi Kabsah dengan ayam
Genina Mall-tempat membeli-belah
International Bowling Centre-tempat main bowling yang paling murah di Cairo

Mansurah

Tiga jam dari Cairo menaiki tren.
Malam,kami ke Siqah Gadidah.
Ia merupakan tempat barangan murah.
Ala-ala Petaling Street tapi versi Mesir.

Ais-krim Fayoumi sangat sedap dan murah.
Memang berbaloi-baloi.

Tapi,ada sesuatu yang saya paling takuti di sini.
Anjing-anjingnya sangat besar seperti budak berumur 10 tahun.

11 Februari 2010,jaulah kami telah pun berakhir.Sungguh indah kenangan kami bersama.
Semoga Allah mengurniakan peluang yang lain untuk kami jaulah bersama-sama lagi pada cuti akan datang.

Peperiksaan akhir semester semakin hampir.
Debaran kian terasa.
Semoga Allah memberi kejayaan yang baik kepada kami semua.

Sekian,wassalam.