Sunday, June 6, 2010

TLoA:KUATKAH DAKU ANDAI TIANG ITU MASIH RAPUH?(Cerpen)


Bismillahirrahmanirrahim...


Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah atas nikmat yang diberi.Moga nikmat ini bukan istidraj yang datang untuk menguji.Modul 5 pun sudah tiba di penghujungnya dan seperti biasa,ada tugas yang menanti.Majalah The Letter of Avicenna(TLoA),majalah rasmi Perubatan Cawangan Iskandariah(PCI) bakal keluar tidak lama lagi dengan temanya 'Mencari Kekuatan Diri'.


************************************************************************************


Everytime you feel like you cannot go on

You feel so lostThat your so alone

All you is see is night

And darkness all around

You feel so helpless

You can’t see which way to go

Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side
Insha Allah

Telefon bimbitku berulang-ulang kali mendendangkan lagu InshaAllah nyanyian penyanyi arab terkenal,Maher zain.Oleh kerana lagunya sangat menenangkan serta menyentuh kalbu,aku menjadikannya sebagai nada dering untuk jam locengku di telefon bimbit.Tanganku pantas meraba-raba di bawah bantal mencari telefon bimbitku.Hah,dapat pun!Dengan bersusah payah aku membuka mata dan....

Astaghfirullahalazim!6.07a.m?

Aku kesiangan lagi pagi ini dan paling menyedihkan solat subuhku ‘gajah’ lagi.Mungkin bukan gajah tetapi ‘dinosaur’ layaknya kerana kini subuh di Mesir tiba awal sekitar 4.15 pagi.Masuk pagi ini sudah 3 kali berturut-turut aku terlewat bangun untuk mengerjakan solat subuh.Lantas aku beristighfar lagi sambil melompat dari atas katil.Langkahku dipercepat.Tiang agamaku tidak mungkin kubiarkan terus rapuh.Biar sudah terlambat,solat harus dikerjakan.Keampunan harus kupinta dari Yang Maha Esa.

*****************************************************************************

Matahari makin terik.Peluh cepat sahaja bertelur di dahiku.Mujur kelas selama 6 jam berturut-turut sudah pun tamat.Alhamdulilah.Namun ada sesuatu yang kukesalkan.Walaupun si pensyarah hebat dalam menerangkan ilmu-ilmu medik pada kami,nampaknya aku gagal memahaminya dengan baik.Aku tidak dapat fokus sedang teman-teman yang lain tersenyum lebar sambil memuji-muji kehebatan si pensyarah tadi menghurai tajuk pelajaran pada hari ini.Muhasabahku mengingatkan aku pada solat subuh yang terlewat pagi tadi.Mungkin inilah akibatnya andai solat subuh yang merupakan permulaan hari pun tidak dikerjakan pada waktunya.Bibirku melafazkan istighfar lagi.

Setibanya aku di asrama MARA,aku terus mengajak ahli baitku mengerjakan solat asar berjemaah.Kali ini solatku lebih khusyuk seolah-olah ingin berlama-lama ‘mengadap’ Dia demi memohon keampunan dari setiap penjuru khilaf yang telah kuperbuat.Usai solat,wirid yang aku imami sengaja aku panjangkan dek kerana perasaan rasa bersalahku padaNya masih berbaki.

Sejam lagi Madrasah al-Razi akan bermula.Hendak mengulangkaji pada waktu petang-petang sebegini selalunya apa-apa yang dibaca susah sedikit mahu difahami tambahan pula memang aku sudah terbiasa belajar selepas solat maghrib.Untuk mengisi masa lapang ,kubuka komputer ribaku untuk menyemak emel.Tiba-tiba ‘offline message’ dari Kak Mardhiah,mahasiswi usuluddin Universiti Al-Azhar muncul di skrin.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Aku terkedu.Mesej yang diterima betul-betul terkena di batang hidungku sendiri.Tak dapat kubayangkan betapa seksa dan dahsyatnya azab Allah.Air panas yang terkena ditanganku semasa membancuh teh pagi tadi pun sudah cukup membuatku terjerit,apatah lagi azab Allah yang maha pedih.

”Nauzubillah min zalik”ucapku dalam hati.

Sememangnya pagi tadi aku bukan sengaja melewatkan solat subuhku.Aku cuma terlewat bangun oleh sebab kepenatan belajar sehingga terbawa-bawa ke dalam lena yang panjang.Namun perasaan bersalah terasa kuat sehingga diri terasa hina .Ah,lama sungguh aku melayan perasaan.Madrasah al-Razi bakal bermula sebentar sahaja lagi.


************************************************************************************

Tingkat 3 bangunan MARA Iskandariah sudah dibanjiri dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi.Seperti biasa,bilangan akhawat melebihi bilangan ikhwah yang hadir.Tidak lama kemudian,Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai ‘akhisalman’ di alam maya tiba diiringi beberapa orang ikhwah.

Syukur pada Allah kerana dengan adanya insan yang bersungguh-sungguh mahu berkongsi ilmu seperti Ustaz Salman,kami mendapat pelbagai ilmu yang sudah semestinya tidak mungkin diperolehi di fakulti perubatan.Meski pun sistem pembelajaran tampak menarik diselang-selikan pula dengan lawak-lawak ustaz yang pastinya mengundang tawa,tumpuanku agak terganggu dek kehadiran ikhwah yang seorang ini.

Petang ini ,dia nampak bersahaja memakai baju melayu biru laut,warna kesukaanku .Tambahan pula, dia memilih untuk duduk betul-betul sebaris denganku.Ah,Allah memang sengaja menguji keimananku.Pandanganku asyik terarah ke arah pemuda itu.Entah mengapa hatiku berkenan sungguh padanya.Mungkin kerana akhlaknya yang baik ditambah pula dengan sikapnya yang peramah serta berkepimpinan.Tapi,dia tidak pernah pun tahu aku mengaguminya dalam diam.Cuma terdaya memandangnya dari jauh.

Lamunanku terhenti apabila Ustaz menyentuh bab hati.Tumpuanku bertambah semula.Ada kata-kata ustaz yang merenggut ketenangan di hatiku.Kata ustaz,semasa solat kita hendaklah khusyuk kerana apabila kita teringat perihal dunia sedang bibir memuji kebesaranNya,Allah akan berkata dengan nada yang sedih

Yang mana lebih penting?Aku atau perihal dunia yang kau ingat itu?”.

Kemudian apabila kita teringat lagi perihal dunia buat kali kedua setelah datangnya khusyuk,Allah akan bertanya soalan yang sama buat kali kedua.Dan apabila kita teringat perihal dunia buat kali ketiga,Allah tidak akan bertanya lagi.Jika Allah sudah tidak hiraukan kita lagi,adakah solat yang kita laksanakan diterima?

Aku terus tersentak.Kelas Madrasah al-Razi kali ini betul-betul memberi impak besar pada diriku.Dadaku terasa bagai dihempap.Sedih,terkilan,menyesal semuanya menjadi satu.Seisi kelas terdiam seibu bahasa bagai bermuhasabah sendiri waktu itu juga.Ya Allah,orang yang melaksanakan solat,tiang agamaMu pun ada cacat celanya apatah lagi orang yang menunaikan solat tapi di hujung-hujung waktu sepertiku ini.Ya Allah,ampunkan hambaMu ini.

Kali ini mataku tidak terarah ke arah sang pemuda itu lagi.”Maksiat mata!”bentak hatiku.Aku bertekad,perasaan ini tidak harus dilayan dan solat selepas ini akan kukerjakan dengan sebaiknya walau terpaksa berperang dengan diri sendiri melawan kemalasan serta hasutan syaitan.Ya!Aku harus kuat untuk menjadi muslim yang sejati.Biar Islam pada diriku bukan sekadar tertulis di kad pengenalan.Tapi biar terzahir pada hati,lafaz serta prbuatanku.


**********************************************************************************


Allahuakbar,allahuakbar....

Azan sudah pun berkumandang.Alhamdulilah,subuh kali ini aku berjaya bangun awal.Terasa gembira yang teramat sangat sehingga ke kelas pun aku masih tersenyum. Pada sujud terakhir,ada air mata keluar berlinangan dari tubir mataku.
Alangkah indahnya hidup dalam iman.
Alhamdulilah...

TLoA:Anda Sibuk?


Bismillahirrahmanirrahim...


Syukur pada Allah,peperiksaan akhir modul 4 sudah pun berakhir.Namun begitu,tanggungjawab yang lain masih menunggu dan harus ditunaikan.Artikel seterusnya untuk majalah The Letter of Avicenna(TLoA),majalah rasmi Perubatan Cawangan Iskandariah (PCI).

Dengan izin Allah serta bantuan rakanku,'Nenek',artikel bertajuk "Anda Sibuk?" berjaya disiapkan.

************************************************************************************


“Argh,bila masa nak rehat ni?”keluh Alisya,pelajar perubatan tahun pertama Universiti Iskandariah,Mesir.

“Mak aku cakap,belajar medik memanglah sibuk,”balas Hairina,rakan serumah Alisya.

Tik tok,tik tok..Masa terus berlalu.Setiap masa,setiap jam,setiap minit anda ada sahaja yang perlu dilakukan?Anda rasa anda sibuk?Tiada masa untuk rehat?Jom tinjau antara sebab-sebab sibuk yang sering kita berikan.

“Lamanya kelas...”
Kehidupan sebagai seorang pelajar perubatan tidak dinafikan sememangnya sibuk.Bermula dengan rutin harian yang terpaksa bergegas ke kelas seawal 8 pagi dan kadang-kadang berakhir ketika sang suria pun hampir terbenam.Jangka masa kelas yang panjang terutamanya bagi para pelajar yang telah memulakan tahun klinikal adalah antara cabaran yang harus ditempuhi.Namun,bak kata pepatah ’alah bisa tegal biasa’.Setiap perjuangan yang pahit,insyaAllah akan mendapat hasil yang memuaskan.

“Carilah ilmu sampai ke negeri Cina”(hadis Rasulullah).
Umur masih muda,tenaga masih banyak, tambahan pula bermukim di bumi anbiyak,bumi barakah yang kaya dengan khazanah ilmu .Maka rugilah kalau masa muda yang ada tidak dimanfaatkan untuk mencari ilmu sebanyak yang mungkin.Oleh sebab itu,ramai pelajar perubatan di Mesir merebut peluang yang ada dengan mengikuti kelas-kelas sampingan seperti kelas tajwid, kelas bahasa arab dan kelas agama.Tidak hairanlah ramai pelajar perubatan di sini kerap dihambat kesibukan.

“Kami ahli aktif PERUBATAN”
Selain komitmen belajar,pelajar perubatan digalakkan untuk memberi komitmen yang baik dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan persatuan.Dalam kekalutan mengadaptasi diri dengan ilmu yang baru diperolehi,tidak kurang juga yang meluangkan masa menghadiri seminar,forum,ceramah,pertandingan,lawatan serta sukan yang dianjurkan oleh pihak persatuan terutamanya anjuran PERUBATAN.Kesibukan makin menjadi-jadi jika anda merupakan AJK tidak kira sama ada AJK induk mahupun AJK bawahan kerana banyak mesyuarat serta komitmen yang diperlukan bagi memastikan program persatuan yang dirancang berjalan dengan lancar.

“Banyak assignment kena buat..”
Sistem pembelajaran di peringkat pengajian tinggi memerlukan penilaian dari pelbagai aspek.Bukan sahaja tahap penguasaan terhadap satu-satu bidang ilmu yang bakal dinilai,malah kemahiran kerja berkumpulan serta keyakinan untuk membentangkan kertas kerja menjadi ukuran untuk meneruskan langkah sebagai seorang pelajar perubatan.Seperti biasa,perbincangan menjadi agenda utama setelah mendapat tugasan dari tutor masing-masing.Kemudian sesi mencari maklumat bermula,diikuti pula sesi pengesahan maklumat oleh tutor.Seterusnya,sesi pembentangan akan menyusul.Nampak mudah,bukan?Tetapi,untuk menyiapkan sesebuah ‘assignment’ memerlukan usaha yang bukan sedikit untuk mencapai kepuasan para penilai.

Takutnya nak exam..’
Apabila perpustakaan makin sesak,emosi para pelajar semakin terganggu,dan cuti belajar telah bermula,itu petanda bahawa peperiksaan bakal menjelang.Pada saat inilah pelajar perubatan berada dalam kemuncak kesibukan mereka.Beraneka strategi dirancang untuk berjuang habis-habisan dalam dewan peperiksaan kelak.Ada yang sibuk menjawab soalan tahun-tahun lalu,ada pula yang sibuk membuat nota dan ada pula yang mengadap buku-buku rujukan yang tebal untuk mendapat maklumat tambahan.Apabila hari peperiksaan hampir tiba,strategi bertukar dengan sesi saling menyoal dengan rakan masing-masing demi mengingat kembali fakta yang dihafal.

Walau bagaimana pun kesibukan anda,ingat!Semua orang dikurniakan 24 jam setiap hari.Jika anda merasakan anda sibuk,fikirkan bahawa ramai lagi orang yang sibuk dari anda.Anda bukan menteri,bukan juga nabi untuk mengaku ssesungguhnya anda memang sibuk.Hakikatnya kita adalah sama cuma kita berasa sibuk mungkin kerana kurang bijak mengurus masa.Justeru,kesibukan yang anda rasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menyeimbangkan amalan kita untuk dunia dan akhirat.

Sebuah hadis Rasulullah s.a.w., antara lain menyatakan


“Perguna lima perkara sebelum datang lima perkara; masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa lapangmu sebelum sibuk, masa beradamu (kaya) sebelum jatuh miskin dan masa hidupmu sebelum mati”.


Dalam kalam Dr. Imam Ahmad bin Hambal pula ada berbunyi


’Hidup ini adalah keyakinan dan perjuangan, dan perjuangan mukmin yg sejati tidak akan berhenti kecuali kedua tapak kakinya telah menginjak pintu syurga’.


Tangani kesibukan anda dengan bijak!

TLoA:Revolusi


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulilah,saya diberi kepercayaan untuk menjadi antara penyumbang karya di dalam majalah The Letter of Avicenna,majalah rasmi Perubatan Cawangan Iskandariah.

Semoga peluang yang diberi dapat saya manfaatkan untuk kemaslahatan bersama.

InsyaAllah..


Semester baru?Ingin membuat revolusi?

Inikah revolusi atau hanya ilusi

bagaikan mimpi jadi realiti

Rasional dirikurasional dirimu

penentu masamasa depan ku

Adakah lagu ini yang anda teringat bila disebut tentang revolusi?

Tema Byte Muslim pada bulan ini,REVOLUSI.

Ringkas dan padat dengan maksud tersirat.

Peperiksaan akhir semester telah berakhir,muncul pula semester baru.

Bersediakah anda untuk fasa revolusi?

Apa yang perlu dilakukan?

Jom buat senarai semak .

Sudah perbaharui niat?
Tetapkan tujuan dan objektif yang ingin dicapai . Dengan memperbaharui niat setiap hari,insyaAllah kita pasti akan bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan dan hajat kita.

Iman bagaimana?Sihatkah atau memerlukan rawatan?
Dapatkan makanan rohani jika perlu.Kelas tafaquh satu alternatif.Iman seorang manusia sentiasa ada turun dan naiknya.Tingkatkan tahap keimanan anda dari semasa ke semasa.

Hablu minnallah wa hablu minnannas pula bagaimana?
-bidang perubatan memang diakui sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.untuk itu,tidak cukup dengan berbekalkan kepandaian dan ketelitian sahaja untuk memastikan kita terus berada di dalam bidang ini,hubungan antara kita dan Allah serta hubungan antara manusia juga hendaklah dipelihara sebaik mungkin.

Pasang tekad dan azam baru.
azam baru tidak semestinya dibuat pada awal tahun sahaja.Malah,kita perlu memperbaharuinya setiap masa.perkara ini penting bagi memastikan semangat kita untuk berubah menjadi lebih berkobar-kobar.

Tunaikan hak badan
Karnival sukan semakin hampir.Tunaikan hak badan anda untuk menjadi lebih cergas dan sihat kerana golongan bijak pandai pernah berkata ”Akal yang sihat datang dari badan yang cergas”

Tinggalkan khilaf yang dulu
-jika dulu kita selalu ponteng kelas,selalu pula menghabiskan masa untuk facebook ,DOTA dan CS,pergaulan pun kurang dijaga,ditambah pula solat di akhir-akhir waktu.Rasanya sudah sampai masanya kita bermuhasabah dan memperbaiki diri selagi jasad masih bernyawa.
Selain itu,mungkin kerana kekhilafan kita yang banyak ini juga,Allah menurunkan ujian pada kita sebagai kafarrah dosa.Berubahlah sementara masih sempat kerana Allah berfirman di dalam Al-Quran:

(katakanlah, neraka jahannam itu, lebih dahsyat panasnya) At-Taubah : 81

Nauzubillah.Air yang menggelegak panas di dunia pun tak mampu kita tahan,apatah lagi panasnya neraka Allah.

Tuntasnya,kita mampu melalui fasa revolusi ini seandainya diri kita sendiri yang mahu berubah bukan kerana paksaan atau terikut-ikut dengan keadaan sekeliling semata-mata.Jadilah pecinta ilmu kerana sabda Nabi:

sesiapa yg mngmbara krn utk bljr suatu ilmu,akn diampunkn dosa baginya sebelum dia melangkah.

Sekian,wassalam.Salam revolusi dari saya.