Saturday, December 1, 2012

Mengharap BERSIH dari Pak Mursy?

Bismillahirrahmanirrahim..

Lama..
Ya,memang sungguh lama kutunggalkan dunia blog.
Ya,masih dengan alasan yang sama.
Malas!
Kalau tidak, alasannya "takut disoal di akhirat tentang tulisan sendiri".
Senang cerita,kalau dah tak ada 'mood',selautan alasan boleh kuberi.

Baik,sudah kujanji pada 'entry' yang lepas untuk tulis tentang Mursy.
Mursy,Morsy,Morsi bagiku adalah orang yang sama.
Ejaan sebenar beliau dalam tulisan jawi,maka apabila dirumikan,itulah jadinya.


Ada seorang sahabat bertanya,
"Macam mana Mesir sekarang? Ok tak Morsy tu?Ada rusuhan lagi ke,"..
Disebabkan aku dalam tempoh 'study leave',aku hanya berjanji padanya
"Nanti aku cerita dalam blog,"
Wah,lama sungguh janji itu dibuat.
Kukira mungkin sudah lebih 5 bulan aku berjanji.
Alhamdulilah,Allah masih kurniakan umur untuk menunaikan janji ini.

Begini,pada detik-detik pengumuman Presiden Mesir baru selepas pakcik Mubarak,
hampir semua sahabat di laman 'facebook' menyatakan kegemuruhan jiwa masing-masing.
Bimbang Morsy tidak jadi Presiden Mesir katanya.

Aku pula masih bersikap selamba tanpa sebarang rasa gemuruh,kerana aku yakin saat ini adalah detik-detik kebangkitan Islam.
Maka,aku sungguh yakin dan percaya Morsy jualah yang akan dinobatkan sebagai Presiden Mesir.
"Over confident" konon,pada hal masih perlu berdoa!
Muhasabah semula.

Alhamdulilah,detik-detik yang ditunggu tiba jua.Kejirananku sudah menjerit kegembiraan kerana Morsy juga yang berjaya merebut undi tertinggi.
Aku ingat lagi ketika itu aku sedang berhubung dengan ibuku melalui "skype",lalu aku terjerit sama.
"Ma,Morsy menang!"

*********************************************************************************

beberapa hari sebelum itu..

Aku pergi ke Carrefour bersama rakan-rakan.Mereka masih di dalam pasar raya,sedang aku sudah pun selesai membayar barang-barangku.
Justeru aku duduk rehat di bangku panjang seorang diri.
Tidak lama selepas itu datang 2 orang perempuan.
Seorang berumur dalam lingkungan 40-an dan seorang lagi berumur 60-an.
Biar kunamakan mereka makcik A dan makcik B.

egyptian women (gambar hiasan)


makcik A : enti minin? (kamu dari mana?)
aku: malaziya,enti a'rfah? (Malaysia,kamu tahu?)
makcik A: aiwah,biganbi Thailand,sah? (ya,dekat dengan thailand kan?)
aku: aiwah,bizzobt. (ya,tepat sekali)

Saat ini aku mula memancing pendapat mereka tetang Morsy,

aku: enti a'izah min?morsy? (awak nak siapa?Morsy?)
makcik A: lak,huwa wahish. (tidak,dia teruk)
makcik B: enti aizah Morsy? (kamu nak Morsy?)
aku: ana musy a'rfah a'syan ana musy mesriyin,musy a'rfah min ahla.. (aku tak tahu,aku bukan orang Mesir,akau tak tahu siapa lebih bagus)

Sebenarnya aku hanya menjawab begitu untuk menyelamatkan diri.Aku dapat rasakan mereka benci pada Morsy.
Lalu aku sambung bertanya untuk mengetahui alasan mereka tidak suka Morsy.

aku: leyh enti musy buhib Morsy?kitir mesriyin buhibbuh. (kenapa tak suka Morsy,ramai je suka dia.)
makcik B: ana a'rfah huwa kuwaiyis.huwa wehish fi akhlakihu wa usratuh wehish bardhuh.huwa min sijjin abla keydah. (aku tahu sangat dia ni.perangai dia teruk,keluarga dia teruk dan dia dari penjara sebelum ni)

Banyak lagi sebenarnya si makcik B ni mengomel dan mengutuk Morsy,tapi dalam bahasa arab pasar.
Apa yang aku faham,aku angguk.
Tak faham pun,aku angguk.
Sekadar mengambil hati orang tua bercerita.

Yang sebenarnya hati aku dah tak keruan dengan kenyataan-kenyataan melulu tentang Morsy.
Dari perbualan kami,dapat aku simpulkan 2 perkara.

Pertama,rakyat Mesir memang mahukan revolusi dan mereka berjaya.
Kedua,minda mereka dijajah hebat oleh sekularisma yang dibawa oleh Mubarak.
Mereka katakan,jika Morsy yang naik jadi Presiden,pasti huru-haralah Mesir kerana Morsy terlalu 'syadid' beragama.Pasti akan dipaksa pakai tudung dan sebagainya.
Allah,nampak sangat mereka ni terpengaruh teruk dengan sekularisma.
Sayang sungguh,bumi yang pernah dihuni para nabi,kini rakyatnya berfikiran liberal dan sekular.

*********************************************************************************

Mengikut kefahaman yang aku dapat daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai,
Morsy tidak bertanding dengan pilihan sendiri,malah kewujudannya sebagai ahli bertanding untuk merebut kerusi Presiden adalah hasil kata sepakat Ikhwanul Muslimin sendiri.
Morsy bertanding buakan atas kepentingan individu,
bukan untuk kerja populariti,
bukan jua untuk 'memperabihkan' duit rakyat,
tapi untuk menyanjung semula Islam di bumi Mesir,bumi anbiyak.



Lihatlah beliau kini,
tiada pengiring di jalanan,
tiada baju kalis peluru,
tiada istana mewah,
kerana beliau yakin Allah akan pelihara beliau.
Sungguh kuat kebergantungannya pada Allah.
Subhanallah,tanda-tanda pemimpin yang baik.

Justeru,pelbagai tindakan beliau menjadi perhatian dunia
keran beliau pemimpin Islam yang berani melawan yang batil,
biar risiko besar sudah terbayang di depan mata.

bukan seperti pemimpin Islam yang seorang tu,
dengan 'bini' sendiri pun kecut perut,
tak habis-habis dengan perjuangan bangsa,
walhal Islam tak pernah ajar untuk perjuangkan bangsa,
mana mungkin Islam tersebar di seluruh dunia,
jika Rasulullah disuruh memperjuangkan bangsa Quraisy semata.

Andai dapat kukirimkan warkah buat Morsy,
ingin sekali aku meminta 3 perkara untuk kebaikan Mesir sendiri.

1.Kebersihan
negara Islam perlulah melambangkan sifat Islam yang sukakan kebersihan,bukan menjadikan jalanan sebagai tong sampah awam.Peliharalah 'rumah-rumah Allah' yakni masjid dengan kebersihan yang optimum

jalanan Mesir yang penuh sampah sarap

2.Tepati masa
Didiklah rakyatmu menjaga masa,sungguh tidak tetap pendirian mereka.sekejap berjanji esok,kemudian esok bertukar menjadi lusa,minggu depan dan akhirnya bulan depan.Bukankah Islam mengajar umatnya menjaga masa?


3.Sistematik
dalam 10 sifat fardhu muslim juga,umat Islam digalakkan untuk menjadi orang yang tersusun urusannya.
sikap rakyat mesir yang acuh tidak acuh seringkali buat kami jemu,marah dan kecewa dengan sikap umat Islam di Mesir sendiri.


mohon doa kalian semua agar hati ini teguh di jalanNya.
sekian sahaja coretanku kali ini,kalau ada umur yang panjang,kutuliskan lagi buat yang sudi.
wallahualam.

Thursday, July 5, 2012

Berdoalah untuk ke alam baru..

Bismillahirrahmanirrahim..

Bukan sengaja lama menyepi.
Namun tuntutan tanggungjawab yang pelbagai turut pinta dipenuhi.
Di samping rasa takut terbeban dengan tulisan sendiri menghabat diri.
Takut-takut tulisan ini menambahkan soalanku di akhirat kelak.Nauzubillah.
InsyaAllah,Ramadhan ini bakal manjanjikan sesuatu.
Semoga Allah membekalkan rasa istiqamah ini.
Untuk kebaikan semua,insyaAllah.

Nantikan cerita-cerita ini  =)

1-PLKN (Pusat Latihan Ketahanan imaN?)
2-Bertemu Muhammad Al-Fateh di Kedai Rempah
3-Mengharap BERSIH dari Pak Mursy?
4-Duta Muslimah Full Time
5-Tak Payah Nak Tarbiyah Sangatlah..


Siapa tak sayang DSLR,bolehlah bagi saya makan ;)
Saya bakal menduduki peperiksaan akhir sebelum menjejaki 'alam baru' pada 15 Julai ini.
Alam klinikal,insyaAllah.
Doakan kami ye!

p/s: Ketika saya tertekan yang teramat menelaah subjek "pathobiology",saya jumpa 'surat cinta' ajaib ini.Lalu,saya terasa tenang sedikit. =)

"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri." 
(Surah Ali-Imran,ayat 160.)

Saturday, February 25, 2012

TRAVELOG Turki: Rindu membawaku ke Selat Bosphorus (bahagian 2)

Bismillahirrahmanirrahim..

InsyaAllah akan kusambung travelogku ini.

PAMUKKALE,istana kapas.





Usai kami melawat muzium dan makam Kamal Atarturk,kami meneruskan lawatan ke Muzium Anatolia dan Kubu Ankara.Kubu Ankara tidak dapat kami jejaki hingga ke puncak kerana tangga-tangganya licin akibat salji tebal.

Hari ketiga,kami mengatur langkah ke AnkaMall,pusat membeli-belah di Ankara.
Lenguh kaki berjalan,namun tidak banyak yang kami beli walaupun jualan murah ada di sana-sini.Nak jimat.

Petang itu,kami teruskan perjalanan kami ke Denizli,Pamukkale yang mengambil masa 10 jam perjalanan dari bandar Ankara.

SYURGA DUNIA

Setibanya kami di Pamukkale,kami disambut dengan baik oleh pekerja Hotel Artemis Yoruk.Pagi-pagi lagi kami sudah bertolak ke Pamukkale yang bermaksud Istana Kapas kerana pemendapan kalsium dari air panas yang mengalir dari gunung yang berhampiran membutkan kawasan tersebut kelihatan seperti diselaputi kapas.
Tambah menarik kunjungan kami ke Pamukkale disertai pasangan kekasih dari Jepun.Kami sangat menikmati suasana dan pemandangan indah serta kolam air panas di sini.Seolah-olah berada di syurga dunia.Subhanallah,indah sungguh ciptaan Allah.Kami bersyukur dapat ke sini.

Pamukkale juga terkenal sebagai tempat tinggalan sejarah malah diiktiraf sebagai 'World Heritage'.Kami kagum mendengar kehebatan dan kebijaksanaan orang-orang dahulu kala membina bangunan sehingga kadang-kadang tidak pernah terfikir oleh kami kaedah-kaedah yang mereka gunakan untuk membina satu-satu bangunan yang masih kekal sehingga hari ini.

Selain itu,kami juga berpeluang melihat kubur-kubur orang-orang yang hidup pada zaman pemerintahan Rom.Mereka dimakamkan mengikut kasta.Orang yang kaya dimakamkan dengan batu-bata yang mahal manakala orang yang miskin hanya dimakamkan dengan batu kapur sahaja.Oleh itu mereka perlu bekerja keras ketika hayatnya supaya apabila mati,masih ada harta yang berbaki untuk menyiapkan kubur mereka.Berbeza sungguh dengan umat Islam,yang kaya atau miskin hanya akan ditanam dalam tanah tanpa mengikut kedudukan dan taraf ketika hayatnya.Alhamdulilah,beruntunglah kita menjadi umat Islam.



Selain Pamukkale,terdapat satu tempat yang berdekatan yang mempunyai persamaan seperti Pamukkale tetapi bezanya kolam-kolam air panas itu berada dalam gua.Wap-wap yang menyelubungi kami di Gua Kaklik membuatkan kami teruja untuk menikmatinya kerana di luar gua terlalu sejuk kerana salji masih tebal.



Selepas itu,kami juga berkesempatan melawat Laodikya.Di sini juga terdapat banyak tinggalan sejarah seperti saki-baki runtuhan bangunan zaman pemerintahan Rom.Pada zaman itu,tandas awam dipanggil 'latrine' dan diletak sebelah pintu gerbang kota.

SWISS di Turki





Sebelum meninggalkan Pamukkale,kami berlima berjalan-jalan di Natural Park yang terletak berdekatan dengan hotel kami.Subhannallah,indah sungguh suasana di taman itu.Sebuah tasik semulajadi yang jernih airnya serta bermacam-macam jenis itik mengingatkan kami pada Swiss.Aku tidak pernah ke Swiss,tetapi salah seorang rakanku permusafiranku pernah ke Swiss dan dia juga mengaku,pemandangan di Natural Park hampir sama dengan Swiss.Kami sungguh teruja dapat memberi makan kepada itik-itik yang ada.Semua kumpulan itik datang berterbangan dan mengerumuni kami berlima menanti makanan.Nikmat sungguh perasaan ini,alhamdulilah.

CAPPADOCIA ganti BURSA





Setelah tamat sesi lawatan ke Pamukkale,kami berehat-rehat di ruang legar lobi hotel.Pekerja-pekerja hotel tersebut sangat peramah dan melayan kami dengan sangat baik walaupun karenah kami yang pelbagai namun masih mereka layan kami dengan baik.Seorang pekerja lelaki yang berusia dalam lingkungan lewat 20-an sangat gembira dengan kedatangan kami kerana mereka jarang menerima tetamu yang bertudung.Bukan itu sahaja,malah dia menganggap kami berlima seperti adik perempuannya sendiri.Namanya Servet.Servet duduk berbual dengan kami dan bertanya tentang destinasi kami yang seterusnya.Mujurlah Servet pandai berbahasa Inggeris,tidak sukar kami hendak bercakap dengannya.

"Kamu nak ke Bursa lepas ni?"tanya Servet.

"Ya,kami nak lawat Ulu Jamii' dan kilang sutera,"balas rakanku.

"Dengar sini,Bursa tak ada apa-apa pun yang menarik.Daripada kamu pergi Bursa,lebih baik kamu pergi ke Cappadocia,"Servet memberi cadangan.

"Itulah yang kami dengar dari kawan kami dari Jepun yang kami temui tadi,"balas rakanku yang lain.

"Baik,sekarang biar saya tolong kamu rancang semula  perjalanan kamu selepas ini.Biar saya uruskan perjalanan dan penginapan kamu ke Cappadocia.Kamu batalkan sahaja niat kamu ke Bursa.Percayalah pada saya,Bursa tiada apa-apa yang menarik,"pujuk Servet.

Maka,kami pun bersetuju dengan cadangannya.Tambahan pula dia bekerja di sebuah syarikat agensi
pelancongan yang terletak di hadapan hotel kami.Atas alasan itu kami mempercayainya.

DUTA MUSLIMAH di rantau orang


Malam sebelum kami bertolak ke Cappadocia,aku sembang-sembang kecil dengan rakanku.Tiba-tiba aku rasa seolah ada manusia sedang memerhati kami dari jauh.Lama pandangan itu kurasakan.Pandangan itu datang dari sekumpulan manusia yang berasal dari negara matahari terbit,Jepun.Kemudian seorang lelaki Jepun daripada kumpulan itu bertanya kepada seorang pekerja hotel.

"Kenapa mereka pakai 'benda' di atas kepala?"tanya pakcik Jepun itu kehairanan.
"Oh,mereka tu orang Islam.Sebab itu kena pakai 'benda' tu,"balas pekerja hotel itu secara ringkas.

Kemudian aku menyampuk perbualan mereka
"Kami wanita muslim wajib memakai tudung kerana agama kami menyuruh kami melindungi diri kami"

"Jadi kamu kena pakai 'benda' ni sepanjang masa?''tanya pakcik Jepun itu penuh tanda tanya.

"Ya,tetapi di hadapan keluarga dan wanita muslim yang lain kami dibenarkan untuk mempamerkan rambut kami.Kami hanya perlu melindungi rambut kami daripada pandangan orang lain kerana agama kami menyatakan rambut kami adalah mahkota bagi setiap wanita dan tidak ternilai harganya.Jadi,'barang' istimewa untuk orang yang istimewa seperti keluarga,suami dan wanita muslim yang lain."ulasku panjang lebar.

"Maaf,saya bertanya bukan untuk menghina,tetapi ingin tahu sahaja.Selepas ini kumpulan kami akan ke Mesir.Jadi kami tertanya-tanya,adakah wanita-wanita daripada kumpulan kami kena berpakaian seperti kamu apabila sampai di Mesir nanti?"ujar pakcik Jepun itu penuh sopan.

"Tidak,agama kami tidak memaksa orang yang beragama lain untuk pakai tudung.Kalian boleh berpakaian seperti mana kamu berpakaian di tempat-tempat lain.Kami pun sebenarnya dari Mesir,kami belajar di situ.Tetapi kami berasal dari Malaysia,"jawabku lagi.

"Kami cuma risau.Terima kasih sebab beritahu,"katanya sambil tersenyum.

"Sama-sama.Jangan risau,orang-orang Mesir sangat peramah.Mereka sangat sukakan pelancong lagi-lagi dari
Cina dan Jepun,"balasku untuk menghilangkan kegusaran di hatinya.

Pakcik Jepun yang berusia awal 40-an itu berlalu pergi ke kumpulannya dan menceritakan semula apa yang diceritakan olehku kepadanya.Aku pula menyambung perbualan dengan rakanku.

"Besar tanggungjawab kita sebagai wanita muslim sebenarnya.Ke mana-mana sahaja orang memperhatikan perlakuan,gerak-geri dan pakaian kita.Kalau lelaki muslim,mereka tentu tak akan menonjol seperti kita sebab tiada apa pun yang membezakan mereka dengan orang yang bukan beragama Islam secara fizikalnya,"kataku.

"Itulah.Kita ni membawa imej Islam ke mana-mana.sebab itulah kita kena jaga diri di mana pun kita berada,"balas rakanku.

Semenjak hari itu,pakcik Jepun itu selalu bersembang dengan kami tentang Islam,azan,solat dan sebagainya.Aku melihat pakcik itu seolah-olah ada potensi untuk menjadi orang Islam.Kutitipkan doa semoga satu hari nanti pakcik Jepun itu diberi hidayah untuk menjadi seorang muslim kerana perilakunya baik cuma sayangnya keadaannya di Jepun yang majoritinya tidak beragama membuatkan dia tidak tahu apa-apa tentang Islam.

















TRAVELOG Turki: Rindu membawaku ke Selat Bosphorus (bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah,setelah setahun perancanganku tertangguh untuk ke Turki,Allah izinkan aku menjejaki bumi Turki.
Bumi yang sarat dengan sejarah dahulu kala sejak tahun masihi masih belum bermula tambahan pula sejarah kegemilangan Islam ketika zaman pemerintahan Usmaniah menggamit-gamit rinduku untuk bertandang ke mari.

ANKARA,ibu negara Turki

Hari pertama di Turki bermula sejak kami tiba di lapangan terbang pada pagi 13 Februari 2012.Kami terus mendapatkan khidmat tram yang untuk ke stesen bas yang dipanggil 'Otogar'.Pada mulanya kami mengalami kesukaran untuk membeli tiket tram.Tambahan pula kebanyakan rakyat Turki tidak mahir berbahasa Inggeris menyukarkan komunikasi antara kami.Mujurlah ada seorang pakcik dari German yang sudi membantu kami.Rupa-rupanya tambang ke mana-mana destinasi bernilai 2 Lira bersamaan RM3.40.Agak mahal kami rasakan.

Tiba di 'Otogar' kami menaiki bas ke Ankara dan terus ke hotel untuk merehatkan diri.Perut pun sudah berkeroncong melagukan irama kelaparan.Kami ke restoran berdekatan untuk menjamu selera.Komunikasi kami dengan pekerja restoran tersebut ibarat ayam dan itik.Masing-masing cuba memahami bahasa isyarat yang dicipta.Mujurlah ada nasi dan beberapa lauk,kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Dalam perjalanan pulang ke hotel,kami menikmati pemandangan bandar Ankara yang bersalji.Terasa nikmat kerana akhirnya kami dapat memegang salji dengan tangan sendiri.



MAKCIK Ankara

Sedang kami menikmati juadah makan malam di restoran,seorang makcik yang pandai berbahasa Inggeris menyapa kami.Tiba-tiba dia bertanya "Kerajaan Malaysia kejam tak?" dengan ekspresi muka yang penuh curiga.Kami tersentak.
Kami jawab"Kerajaan Malaysia baik-baik sahaja.Kami tiada masalah pun.Cuma kadang-kadang berbeza pendapat tapi tidak mendatangkan masalah pun"
Makcik itu pun bertanya lagi "Kamu semua dah kahwin?"
"Belum"spontan kami menjawab.
"Patutla.Kalau kamu dah ada suami pasti kamu tidak boleh berjalan sebebas ini sampai ke Turki kan?"makcik itu mula memprovok.
"Eh,tidaklah sampai begitu"jawab seorang rakan permusafiranku.
"Kamu semua pakai tudung sebab kerajaan kamu yang paksa kan?"provok makcik itu lagi.
"Tidak,kami pakai atas kerelaan kami.Kerajaan kami tak pernah memaksa"kami mula membela diri.
"Kamu semua tak perlulah berselindung dengan saya.Saya tahu kerajaan kamu layan kamu dengan teruk,"makcik ini sudah berterus terang.

Puas kami katakan kerajaan Malaysia tidak seteruk yang dia sangkakan.Makcik itu pula sibuk membela diri dengan mengatakan dia tidak bertudung,tapi masih 100% muslim.Katanya kerajaan Turki sangat bagus kerana memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk buat apa sahaja yang mereka mahu termasuklah kepada rakyatnya yang beragama Islam untuk tidak pakai tudung.Hatiku sudah bertambah panas dengan makcik ini.Namun api kemarahan ini aku kawal sebaik mungkin.Aku terus mengajak rakan-rakan permusafiranku untuk menghiraukan dia.Orang seperti ini tidak harus dilayan berlebihan,kelak mengundang permusuhan.
Aku katakan dalam hati "Tahniah,Kamal Atarturk.Anda berjaya memodenkan pemikiran rakyat Turki sehingga membelakangkan Islam.Islam hanya pada nama,tapi tidak pada amalan.Muslim apakah kamu ini?"

Anitkabir atau Makam Atarturk adalah destinasi kami pada esok harinya.Pagi itu kami menikmati suasana salji turun dan kami sangan menyukainya walaupun kaki dan terasa beku,tapi kami masih mampu bermain-main dengan salji yang makin menebal.Kiri dan kanan menjadi putih.Sungguh suci.Muzium Atarturk sungguh besar dan tampak mewah namun tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalamnya.Nampak sangat rakyat Turki sungguh mengagungkannya walaupun dialah pengkhianat umat Islam terhebat di Turki.Di situ kami mendapat pelbagai informasi tentang reformasi sistem pentadbiran dan sosial yang Atarturk lakukan.Memang benar,habis semua perkara yang berkaitan Islam dihapuskan.Contohnya Kuliyah Syariah dan Undang-undang Syariah di Turki tidak digunakan lagi.Wanita-wanita Islam harus berpakaian seperti orang-orang Barat untuk mencapai ketamadunan.Azan pula harus dilaungkan dalam bahasa Turki.Kebencian kami pada Kamal Atarturk makin meluap-luap kerana dia menghapuskan sistem islamik demi mencapai kemodenan.
Namun kami tinggalkan secebis doa agar rakyatnya sedar Atarturk bukan hero sIslam yang patut dibangga-banggakan.