Wednesday, July 20, 2011

Ukhti,aku jatuh cinta..




Bismillahirahmanirrahim..

Dengan nama Allah,
Tuhan yang memberi kasih sayang,
Ingin kuluahkan rasa hati ini..

Ukhti,
pertemuan itu berlaku terlalu pantas,
namun dengan mawaddahNya,
ukhuwah kita masih bertaut.

Ukhti,
pertemuan itu juga tidak kita rancang,
tidak pula kita sangkakan,
tapi Allah lebih hebat,
dalam mengaturi hidup hamba bernama insan.

Ukhti,
ingin kukhabarkan kepadamu,
betapa aku bersyukur,
kepada Tuhan yang satu,
kerana menganugerahkanmu dalam hidupku.

Ukhti,
lama aku berfikir,
selepas bertemu denganmu,
kata-katamu ringkas,
tapi cukup memberiku semangat,
untuk terus menjadi seorang wanita permata,
bukan perempuan sembarangan.

Ukhti,
pertemuan itu masih segar dalam ingatan,
tanda Allah ingin aku bersyukur,
kerana yang hadir itu,
adalah kamu..

Ukhti,
memang benar aku mengasihimu,
tetapi aku mencemburuimu,
dan ini bukan dusta semata,
kerana kemuliaan akhlak serta tuturmu,
terlalu indah berbanding diriku.

Ukhti,
kamu tidak memiliki wajah ratu cantik dunia,
namun ketenangan dan keindahan akhlak,
yang menghiasi dirimu,
sudah memadai untuk aku menghargai kehadiranmu.

Ukhti,
takdir Allah tiada siapa yang tahu,
kau terlebih dahulu,
dirisik menjadi teman hidup seorang mujahid.

Ukhti,
ketahuilah dengan sesungguhnya,
aku bahagia melihat kau bahagia,
di sisi seorang mujahid,
yang mementingkan Islam dalam hidupnya.

Ukhti,
biarpun majlis pernikahanmu tidak dapat kuhadiri,
insyaAllah,ada sekalung doa yang aku kirim kepadaNya,
agar kau bersama suami,
bercinta kerana Allah,
sampai ke syurgaNya.

Ukhti,
maafkan daku,
kerana aku tidak pandai bermadah,
mahupun berpuisi,
tapi ingin kukatakan,
aku jatuh cinta.

Ya,aku jatuh cinta lagi,
entah buat yang ke berapa kali,
mujur bukan kepada insan yang sama,
tetapi kepada Tuhan yang sama.

Aku jatuh cinta lagi denganNya,
apabila Dia mengurniakan kau dalam hidupku,
yang tidak jemu mengajarku untuk yakin,
atas doa dan usaha yang dilakukan,
yang tidak pula kekok,
memberi kasih sayang kepadaku,
umpama seorang kakak,
kepada insan yang tidak pernah memiliki,
seorang insan bergelar kakak.

Ukhti,
ingin sahaja aku melukis kegembiraanku,
kerana ada insan sepertimu,
sudi berukhuwah denganku,
sabar melayan karenahku,
rindu apabila berjauhan,
umpama dua insan sedang bercinta,
nikmat sungguh ukhuwah dan mawadah ini.


Ya Allah,
aku bersyukur,
kerana aku jatuh cinta lagi kepadaMu,
dan aku dapat rasakan,
jika aku beri sedikit kasih sayang,
yang Engkau pinjamkan padaku,
aku dilimpahi pula dengan kasih sayang,
dari insan-insan yang bertaqwa kepadaMu.

Ukhti,
kau tahu aku tulis sajak ini untukmu...

(^_^)