Saturday, February 25, 2012

TRAVELOG Turki: Rindu membawaku ke Selat Bosphorus (bahagian 1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulilah,setelah setahun perancanganku tertangguh untuk ke Turki,Allah izinkan aku menjejaki bumi Turki.
Bumi yang sarat dengan sejarah dahulu kala sejak tahun masihi masih belum bermula tambahan pula sejarah kegemilangan Islam ketika zaman pemerintahan Usmaniah menggamit-gamit rinduku untuk bertandang ke mari.

ANKARA,ibu negara Turki

Hari pertama di Turki bermula sejak kami tiba di lapangan terbang pada pagi 13 Februari 2012.Kami terus mendapatkan khidmat tram yang untuk ke stesen bas yang dipanggil 'Otogar'.Pada mulanya kami mengalami kesukaran untuk membeli tiket tram.Tambahan pula kebanyakan rakyat Turki tidak mahir berbahasa Inggeris menyukarkan komunikasi antara kami.Mujurlah ada seorang pakcik dari German yang sudi membantu kami.Rupa-rupanya tambang ke mana-mana destinasi bernilai 2 Lira bersamaan RM3.40.Agak mahal kami rasakan.

Tiba di 'Otogar' kami menaiki bas ke Ankara dan terus ke hotel untuk merehatkan diri.Perut pun sudah berkeroncong melagukan irama kelaparan.Kami ke restoran berdekatan untuk menjamu selera.Komunikasi kami dengan pekerja restoran tersebut ibarat ayam dan itik.Masing-masing cuba memahami bahasa isyarat yang dicipta.Mujurlah ada nasi dan beberapa lauk,kami berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Dalam perjalanan pulang ke hotel,kami menikmati pemandangan bandar Ankara yang bersalji.Terasa nikmat kerana akhirnya kami dapat memegang salji dengan tangan sendiri.



MAKCIK Ankara

Sedang kami menikmati juadah makan malam di restoran,seorang makcik yang pandai berbahasa Inggeris menyapa kami.Tiba-tiba dia bertanya "Kerajaan Malaysia kejam tak?" dengan ekspresi muka yang penuh curiga.Kami tersentak.
Kami jawab"Kerajaan Malaysia baik-baik sahaja.Kami tiada masalah pun.Cuma kadang-kadang berbeza pendapat tapi tidak mendatangkan masalah pun"
Makcik itu pun bertanya lagi "Kamu semua dah kahwin?"
"Belum"spontan kami menjawab.
"Patutla.Kalau kamu dah ada suami pasti kamu tidak boleh berjalan sebebas ini sampai ke Turki kan?"makcik itu mula memprovok.
"Eh,tidaklah sampai begitu"jawab seorang rakan permusafiranku.
"Kamu semua pakai tudung sebab kerajaan kamu yang paksa kan?"provok makcik itu lagi.
"Tidak,kami pakai atas kerelaan kami.Kerajaan kami tak pernah memaksa"kami mula membela diri.
"Kamu semua tak perlulah berselindung dengan saya.Saya tahu kerajaan kamu layan kamu dengan teruk,"makcik ini sudah berterus terang.

Puas kami katakan kerajaan Malaysia tidak seteruk yang dia sangkakan.Makcik itu pula sibuk membela diri dengan mengatakan dia tidak bertudung,tapi masih 100% muslim.Katanya kerajaan Turki sangat bagus kerana memberi kebebasan kepada rakyatnya untuk buat apa sahaja yang mereka mahu termasuklah kepada rakyatnya yang beragama Islam untuk tidak pakai tudung.Hatiku sudah bertambah panas dengan makcik ini.Namun api kemarahan ini aku kawal sebaik mungkin.Aku terus mengajak rakan-rakan permusafiranku untuk menghiraukan dia.Orang seperti ini tidak harus dilayan berlebihan,kelak mengundang permusuhan.
Aku katakan dalam hati "Tahniah,Kamal Atarturk.Anda berjaya memodenkan pemikiran rakyat Turki sehingga membelakangkan Islam.Islam hanya pada nama,tapi tidak pada amalan.Muslim apakah kamu ini?"

Anitkabir atau Makam Atarturk adalah destinasi kami pada esok harinya.Pagi itu kami menikmati suasana salji turun dan kami sangan menyukainya walaupun kaki dan terasa beku,tapi kami masih mampu bermain-main dengan salji yang makin menebal.Kiri dan kanan menjadi putih.Sungguh suci.Muzium Atarturk sungguh besar dan tampak mewah namun tiada bayaran dikenakan untuk masuk ke dalamnya.Nampak sangat rakyat Turki sungguh mengagungkannya walaupun dialah pengkhianat umat Islam terhebat di Turki.Di situ kami mendapat pelbagai informasi tentang reformasi sistem pentadbiran dan sosial yang Atarturk lakukan.Memang benar,habis semua perkara yang berkaitan Islam dihapuskan.Contohnya Kuliyah Syariah dan Undang-undang Syariah di Turki tidak digunakan lagi.Wanita-wanita Islam harus berpakaian seperti orang-orang Barat untuk mencapai ketamadunan.Azan pula harus dilaungkan dalam bahasa Turki.Kebencian kami pada Kamal Atarturk makin meluap-luap kerana dia menghapuskan sistem islamik demi mencapai kemodenan.
Namun kami tinggalkan secebis doa agar rakyatnya sedar Atarturk bukan hero sIslam yang patut dibangga-banggakan.




0 Apa kata mereka?:

Post a Comment