Sunday, June 6, 2010

TLoA:Revolusi


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulilah,saya diberi kepercayaan untuk menjadi antara penyumbang karya di dalam majalah The Letter of Avicenna,majalah rasmi Perubatan Cawangan Iskandariah.

Semoga peluang yang diberi dapat saya manfaatkan untuk kemaslahatan bersama.

InsyaAllah..


Semester baru?Ingin membuat revolusi?

Inikah revolusi atau hanya ilusi

bagaikan mimpi jadi realiti

Rasional dirikurasional dirimu

penentu masamasa depan ku

Adakah lagu ini yang anda teringat bila disebut tentang revolusi?

Tema Byte Muslim pada bulan ini,REVOLUSI.

Ringkas dan padat dengan maksud tersirat.

Peperiksaan akhir semester telah berakhir,muncul pula semester baru.

Bersediakah anda untuk fasa revolusi?

Apa yang perlu dilakukan?

Jom buat senarai semak .

Sudah perbaharui niat?
Tetapkan tujuan dan objektif yang ingin dicapai . Dengan memperbaharui niat setiap hari,insyaAllah kita pasti akan bersungguh-sungguh untuk mencapai tujuan dan hajat kita.

Iman bagaimana?Sihatkah atau memerlukan rawatan?
Dapatkan makanan rohani jika perlu.Kelas tafaquh satu alternatif.Iman seorang manusia sentiasa ada turun dan naiknya.Tingkatkan tahap keimanan anda dari semasa ke semasa.

Hablu minnallah wa hablu minnannas pula bagaimana?
-bidang perubatan memang diakui sangat mencabar dan menuntut kesabaran yang tinggi.untuk itu,tidak cukup dengan berbekalkan kepandaian dan ketelitian sahaja untuk memastikan kita terus berada di dalam bidang ini,hubungan antara kita dan Allah serta hubungan antara manusia juga hendaklah dipelihara sebaik mungkin.

Pasang tekad dan azam baru.
azam baru tidak semestinya dibuat pada awal tahun sahaja.Malah,kita perlu memperbaharuinya setiap masa.perkara ini penting bagi memastikan semangat kita untuk berubah menjadi lebih berkobar-kobar.

Tunaikan hak badan
Karnival sukan semakin hampir.Tunaikan hak badan anda untuk menjadi lebih cergas dan sihat kerana golongan bijak pandai pernah berkata ”Akal yang sihat datang dari badan yang cergas”

Tinggalkan khilaf yang dulu
-jika dulu kita selalu ponteng kelas,selalu pula menghabiskan masa untuk facebook ,DOTA dan CS,pergaulan pun kurang dijaga,ditambah pula solat di akhir-akhir waktu.Rasanya sudah sampai masanya kita bermuhasabah dan memperbaiki diri selagi jasad masih bernyawa.
Selain itu,mungkin kerana kekhilafan kita yang banyak ini juga,Allah menurunkan ujian pada kita sebagai kafarrah dosa.Berubahlah sementara masih sempat kerana Allah berfirman di dalam Al-Quran:

(katakanlah, neraka jahannam itu, lebih dahsyat panasnya) At-Taubah : 81

Nauzubillah.Air yang menggelegak panas di dunia pun tak mampu kita tahan,apatah lagi panasnya neraka Allah.

Tuntasnya,kita mampu melalui fasa revolusi ini seandainya diri kita sendiri yang mahu berubah bukan kerana paksaan atau terikut-ikut dengan keadaan sekeliling semata-mata.Jadilah pecinta ilmu kerana sabda Nabi:

sesiapa yg mngmbara krn utk bljr suatu ilmu,akn diampunkn dosa baginya sebelum dia melangkah.

Sekian,wassalam.Salam revolusi dari saya.



0 Apa kata mereka?:

Post a Comment